Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)
EPISOD 23
Selepas bermalam di hotel malam itu, Sabtu pagi, Yanti hendak pulang ke JB. Memang kena baliklah, Ahad nak ke KL pulak. Sebelum pulang, pagi tu sempat Yanti melawat Man di hospital. Waktu itu hanya ada ayah dan ibu Man yang temankan Man, adik-adik Man mungkin kat rumah. Man sedang tidur waktu itu. Menurut kata ibu Man, Man boleh keluar 2 atau 3 hari lagi dan ibu Man akan menjaga Man di rumah. Bila hendak pulang ke JB, Yanti bersalaman dengan ibu Man. Ibu Man memperkatakan sesuatu pada Yanti.
"Terima kasih Yanti atas segala pertolongan. Duit Yanti akan kami pulangkan semula bila Man dah sihat nanti". Kata ibu Man. Yanti terkejut.
"Pulangkan ? Tidak makcik, pertolongan Yanti ikhlas. Yanti tak mintak semua tu." Kata Yanti.
"Yanti. Man sudah beritahu makcik sebelum pembedahan, yang dia nak bayar semua tu. Cuma hari tu Man tak dapat bayar, dia sudah terbaring". Jelas ibu Yanti.
"Tidak makcik. Pertolongan Yanti ikhlas, ikhlas makcik". Kata Yanti.
Kemudian, bapa Man yang dari tadi mendengar perbualan itu berkata sesuatu.
"Yanti. Terima kasih kerana membantu kami sekeluarga. Yanti mendahulukan duit pada malam itu pun sudah dikira pertolongan yang besar. Kami hargai pertolongan Yanti itu. Cuma, bila Man dah sihat dan boleh ambil duit di bank nanti, Man akan pulangkan semula". Kata bapa Man.
Yanti semakin serba salah. Sebenarnya pertolongannya itu ikhlas, bukan tujuan lain. Itu adalah pengorbanan Yanti kepada Man. Yanti rasa itu adil. Adil sebab kecederaan dan kesakitan dialami Man tidak ternilai dengan wang 10,000 itu. Yanti rasa, dia perlu jelaskan sesuatu pada keluarga Man.
"Makcik...maafkan Yanti. Ada sebab yang paling besar kenapa Yanti sanggup keluarkan 10,000 itu...". Kata Yanti.
Mak dan ayah Man terdiam seketika dan memasang telinga mendengar ayat-ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Yanti. Yanti pula berhati-hati mengeluarkan setiap kata-kata, jangan sampai tersalah cakap.
"Pakcik, makcik... tolonglah terima pemberian Yanti ini. Jangan biarkan hidup Yanti terus dalam keadaan bersalah. Yanti anggap wang 10,000 itu sebagai penebus dosa dan kesalahan Yanti pada abang Man". Kata Yanti.
"Menebus dosa dan kesalahan ? Apa maksud Yanti ?" Tanya ayah Man lagi. Yanti terdiam seketika.
"Tak ada apa-apa pakcik. Yanti benar-benar berharap, duit 10,000 itu jangan dipulangkan... Man sepatutnya menerimanya lebih dari itu.". Kata Yanti.
Ayah Man lihat Yanti benar-benar mempertahankan pemberiannya itu. Ayah Man akhirnya akur juga untuk hari itu. Lagi pun, dia tahu Yanti nak balik ke JB hari tu setelah dua malam di situ.
"Ok. Yanti, terima kasih atas segala pertolongan Yanti." Ayah Man.
" Sama-sama". Jawab Yanti ringkas.
Yanti bersalaman dan memeluk ibu Yanti. Biasalah, ibu Yanti menangis kesedihan dalam dakapan Yanti. Yanti pun turut menangis kesedihan. Sebelum pulang, Yanti sempat memegang kaki Man yang berselimut itu.
Sampai di JB, rumah Yanti kosong, bila ditelefon rupanya Noor balik kampung di Melaka. Yanti kemas sikit-sikit barangnya untuk dibawa ke KL esok. Petangnya, Yanti keluar untuk cari makanan dan Yanti saja-saja nak jenguk gerai Man. Maklumlah dah lama tak tengok gerai Man, paling kurang terubat rindu Yanti kalau dapat tengok gerai burger Man. Waktu lalu di depan gerai Man, Yanti lihat ada Aboi duduk di atas kerusi mengadap gerai sedang berbual dengan seorang lelaki. Gerai tak buka pulak. Yanti berhentikan kereta dan Aboi nampak Yanti berhenti. Aboi datang ke kereta Yanti.
"Kak Yanti, apa kabar abang Man, dah sedar ke ?". Tanya Aboi.
"Alhamdulillah, abang Man selamat dan dah mula sedar". Kata Yanti.
"Baguslah abang Man dah sedar, mungkin tak lama lagi abang Man sihat sepenuhnya dan boleh berniaga semula". Kata Aboi.
"Kita doakan begitulah. Dua tiga hari lagi Man boleh keluar hospital dan duduk di rumah dulu. Kalau dah baik betul, barulah boleh niaga". Kata Yanti.
"Lagi satu Kak Yanti, Aboi cadang nak buka gerai ni sementara Man masih kat kampung. Ramai pelanggan dah tanya bila abang Man nak bukak semula. Pembekal daging dan roti burger pun dah banyak kali datang tapi dia tengok gerai tutup jer. Macammana kak ? Boleh ke saya buka ?" Tanya Aboi.
"Itu kamu tanyalah mak atau ayah Man sebab Man pun belum boleh bercakap lagi, hanphone dia pun tak pegang. Kak fikir elok juga kau niaga, paling kurang pelanggan tak lari". Kata Yanti, macamlah dia tahu sangat pasal niaga.
"Ok kak, mintaklah nombor telefon keluarga Man, nanti nak telefon". Kata Aboi.
Yanti pun kasi no tel keluarga Man kepada Aboi. Kemudian Yanti beritahu sesuatu pada Aboi.
"Aboi. Hari ni kakak hari terakhir di JB ni. Esok dah pindah KL". Kata Yanti.
"Pindah KL, kenapa pindah? Kak Yanti mintak ker" Tanya Aboi.
"Ermmmm.. biasalah Aboi, kita bekerja ni ada masa kena pindah-pindah".Kata Yanti.
"Habis bagaimana dengan abang Man, Kak nak tinggalkan abang Man ker ?". Tanya Aboi.
"Abang Man ? Haha..." Yanti tergelak dan tak jawab soalan itu.
Kenapa Yanti tergelak, kenapa dia gelak ?

.......BERSAMBUNG KE EPISOD 24
No comments:
Post a Comment