27
Mac 2012 selasa selepas solat sunat isyak, Penyampaian cenderahati kepada
Muhammad Syaafii Bin Noor Zahari 17 tahun yang mendapat 9A (4At, 3A, 2A-)
adalah Jemaah SKJ yang paling cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011 baru-baru
ini. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Tahir selaku Bendahari SKJ. Beliau
adalah anak AJK SKJ yang belajar di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Hasrat
beliau yang ingin menyambung pelajarannya di UPNM - Perubatan (Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia). Muhammad Syaafii adalah pelajar yang aktif
bersukan terutamanya sukan Hoki dan mewakili sekolah serta negeri dalam
beberapa kejohanan yang besar. Bakatnya dapat dihidu oleh guru semasa di darjah
empat lagi. Dan ketika darjah empat beliau sudah mewakili sekolah dalam
kejohanan peringkat daerah dan negeri. Setelah tamat peperiksaan SPM, Muhammad
Syaafii terus balik ke kampong untuk menjaga abangnya (Ustaz Muhammad
Firdaus)yang sakit kerana kemalangan jalanraya. Atas kesabarannya semasa
menjaga abang yang tidak mampu untuk bergerak sendiri dan sentiasa memenuhi 5
waktu solat di surau secara berjemaah, Allah telah kurniakan berita kegembiraan
yang tidak terhingga. Sementara menunggu kemasukan ke UPNM, Muhammad Syaafii di
minta oleh AJK SKJ untuk mengajar anak-anak Pasti Al Falah dalam sukan
bolasepak dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.
No comments:
Post a Comment