DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
BACHOK: Pemimpin
ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak
berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh
separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan
dipimpin orang.
Bagi mengubati
penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini
dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok
untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang
berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia
belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna
gelap.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.
Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
No comments:
Post a Comment