Tuan menderator Ustaz Suhaimi Md Saad mengimbau kembali kisah Puan Hajah Catriona Ross dengan izin sebelum penghijrahannya. Alhamdulillah serba sedikit gambar yang terdahulu ditayangkan untuk tatapan umum.
Ustaz Suhaimi dan Ustaz Khairul Ikhwan mendengar Ucapan alu-aluan daripada Puan Hajah Catriona Ross yang menceritakan serba sedikit perwatakannya sekarang. Seterusnya mengimbau kembali sejarah hampir maut dalam kemalangan dan penjanjiannya dengan Allah S.W.T.
Walaupun penghijrahan Puan Hajah Catriona Ross masih baru, tetapi kalau di ukur dengan pencapaian ketika berforum seperti orang yang sudah lama berkecimpung bersama ustaz-ustaz di atas pentas. Memang hebat, sebab itulah beliau menyatakan sentiasa bersama dengan 2 orang ustaz yang sentiasa memberi ilmu dan mengajarnya kearah jalan Islam yang sebenarnya. Alhamdulillah, perubahan artis di Malaysia sekarang menunjukan ada sesuatu yang tidak kena kepada mereka, lalu mereka mencari arah laluan yang sebenarnya. Jadi kitalah sebagai penyelamat mereka-mereka ini dengan memberi ruang kepadanya menyatakan kesudahan hidup dimuka bumi Allah. Untuk mengharapkan media masa menonjolkan perubahannya amatlah tipis sekali bahkan akan digam. Oleh itu sudah pasti mereka-mereka ini akan banyak melalui liku-liku rintangan dan ujian daripada Allah. Maka bantulah mereka supaya sentiasa kekal dalam jemaah Islam.
Dalam ucapan Ustaz Khairul Ikhwan, perkara yang baik pasti ada rintangan dan halangan. Sebab itulah pentingnya akidah dalam diri. Kekuatan akidahlah penyelamatan diri dari kecelakaaan didunia dan di akhirat. Perkara fitnah akan menjadi-jadi, tidak kira kepada ustaz mahupun kepada artis.
Alhamdulillah majlis forum berakhir jam 10.15 malam dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel yang disampaikan oleh Tuan Haji Hamid sebagai penasihat Surau Batu 2, Kampung Jaya.
Semua tetamu dan pengiring ustaz dijemput ke Restoran Anjung Permai untuk menikmati juadah yang telah disponsor oleh jemaah SKJ. Alhamdulillah semoga rezeki muslimin dan muslimat semakin bertambah dan diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.
Ikan patin masakan yang paling Puan Hajah Catriona Ross suka, Alhamdulillah rezekinya ada disini.
No comments:
Post a Comment