Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 35
Perbualan Man dan
Ustaz Khalil berterusan, sudah lebih sejam mereka bercerita di kedai mamak itu.
Pelanggan di kedai mamak itu tak putus-putus, tetap ramai pelanggan walaupun
sudah masuk jam 2.00 pagi.
"Nikah Siam ?
Jangan Man, jangan cari masalah". Kata Khalil.
"Tapi ustaz,
orang yang uruskan tu kata dia 'ada orang' dalam dengan pejabat Agama. Sebab
tulah Man rasa macam yakin sikit nak nikah Siam". Kata Man.
"Ada orang dalam
? Nanti dulu Man, jangan cepat terpengaruh. Orang yang macam ni selalu
mengambil kesempatan, mereka boleh mengaku apa saja untuk menjayakan agenda
mereka, termasuk kata ada orang dalam di pejabat Agama". Kata Khalil.
"Ustaz, saya ada
nombor telefon orang tu, Yanti yang kasi. Saya juga ada telefon orang tu
baru-baru ni tanpa pengetahuan Yanti. Bukan apa, saya nak tahu cerita
sebenarnya. Orang ni duduk tak jauh dengan tempat ni. Saya tak cakap
saya Man Burger yang telefon, takut nanti dia kenal saya pulak". Kata Man.
"Dah tu, apa yang
kamu bualkan dengan orang tu? " Tanya Ustaz Khalil.
"Lelaki ni kata
dia pemandu teksi. Dia boleh uruskan orang yang dah termengandung atau orang
yang tak dapat izin wali. Dia juga boleh tolong orang nak nikah lagi
satu, tanpa pengetahuan isteri pertama... Lepas tu, orang ni boleh tolong
daftarkan pernikahan Siam tu di pejabat Kadi di JB ni. Dan dapat surat nikah
yang sah.". Kata Man.
"Ada dia kenakan
bayaran ?" Tanya Khalil.
"5,000 ringgit
setiap pasangan untuk pernikahan di Siam saja. Yang lain-lain tu, masa daftar
di JB ni, belanja sendiri. Yang 5,000 tu untuk nikah saja". Kata Man.
"Amboi, banyak tu
5 ribu...". Kata Khalil.
"Orang tu kata, 5
ribu tu berpatutan, dengan tambang teksi pergi ke sana. Kena naik teksi dengan
orang tu. Dan juga bayaran upah nikah iman kat sana dan surat nikah." Kata
Man.
"Untung sangat
orang tu, kalau bawak teksi orang tu sendiri, duit minyak pergi balik, tak
sampai 300 ringgit. Duit makan minum dan upah nikah tak berapa ringgit sangat.
Kira modal dalam 500 saja, tapi untung 5,000. Ini bagus punya niaga orang
ni". Kata Khalil.
"Yer le Ustaz,
pada orang yang ada masalah macam saya, duit tak jadi masalah sangat. Duit
boleh cari, yang penting dapat nikah sah". Kata Man.
"Kenapa kamu kata
sah ? Betul ke sah ? Betul ker pernikahan Siam sana semuanya sah ?" Tanya
ustaz Khalil. Man jadi bingung, kenapa pula ustaz Khalil yang tanya soalan
begitu.
"Itu
saya tak tahu ustaz, saya orang yang tak berapa pandai dalam bab hukum ni.
Belajar pun tak tinggi. Ustaz mesti boleh jawab soalan tu. Nikah sana sah ke
tak ustaz". Kata Man.
"Yer, saya di
Bahagian Pengatkuasa, dalam seminggu tu di JB dalam 2-5 kes seminggu orang
nikah luar termasuk Siam dan Indon. Biasalah, orang yang nikah luar ni, kena
siasat dengan penguatkuasa masa dia nak daftar sini. Tapi kebanyakannya
meragukan dalam banyak segi. Jurunikah tu, betul ke dia jurunikah bertauliah ?
Entah-entah sapa-sapalah orang yang nikahkan tu. Kemudian syarat wali, tak
berapa diambil berat sangat. Senang-senang jer, kata boleh pakai wali
hakim, walaupun tak berapa menepati syarat.... Ada pulak kes, malah banyak,
bukan pergi Siam pun, tapi nikah dekat-dekat sini jer. Lepas tu dapat surat nikah
Siam. Entah dari mana dia orang dapat surat nikah tu, kita orang susah nak
pastikan... Jadi banyaklah perkara yang meragukan Man". Kata Khalil.
"Ohh begitu yer ustaz... Tapi kalau kami yakin nikah kami sah dan betul-betul masuk Siam, macammana pula ustaz ? Balik kan boleh daftar sini". Kata Man.
"Masa daftar sini, mesti kena dakwa di mahkamah Syariah kerana kesalahan nikah di luar tanpa kebenaran. Boleh didenda sehingga 1,000 ringgit atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Bagi kes poligami, tambah satu seksyen kesalahan lagi....". Kata Khalil.
"Lepas bayar denda, boleh selesai kes ke ustaz ?" Tanya Man.
"Itu kalau hakim beri hukuman denda saja, tapi kalau hakim putuskan hukuman penjara macammana ? Merengkohlah kamu dalam penjara, nak ke kamu masuk penjara ?" Kata Khalil.
"Orang tu kata ustaz, hakim tak beri hukuman penjara, beri denda saja ustaz, betul ke ?". Tanya Man.
"Ishhh tidaklah. Siapa kata hakim beri denda saja, ada juga kes hakim terus beri hukuman penjara. Minggu lepas ada seorang tauke bengkel kena penjara dua bulan atas kesalahan nikah Siam dan poligami tanpa kebenaran. Lain kes, lain pula hukumannya". Kata Khalil.
"Penjara-penjara ni saya takutlah..." Kata Man.
"Yer, kalau kamu kena penjara tak berapa sangat. Tapi kalau Yanti tu kena penjara sehari dua saja, boleh dibuang kerja terus lagi berat. Lagi satu, kalau tak penjara pun, Yanti kalau kena denda walaupun beberapa ratus ringgit yang kamu kata tak mahal, boleh jejaskan kerja dia. Kalau dia belum disahkan jawatan, mungkin dia boleh diberhentikan. Kalau dia dah sah jawatan, mungkin dia tak naik pangkat. Ingatlah, kes Syariah ni pun sama macam sivil, bila kena hukuman mahkamah, tetap dikira mempunya rekod jenayah bagi kakitangan kerajaan". Kata Khalil.
"Amboi.. dahsyatnyer ustaz". Kata Man seolah-olah terkejut.
"Yer, jangan ambil mudah nak langgar peraturan undang-undang...." Khalil.
Tiba-tiba telefon Khalil berbunyi dan dia jawab panggilan berkenaan.
"Hello, yer, kes tu macam mana ?... Okey, okey, saya terus datang ke lokasi sekarang. Mungkin dalam 20 minit saya sampai..... Okey, jumpa saya di lokasi. Kalau sampai dulu, tunggu saya kat stesen minyak tu...". Kata Khalil menjawab panggilan telefon itu.
"Man, saya ada kerja nak selesaikan, ada operasi. Nanti senang-senang kita jumpa lagi, ambil no telefon saya, ada masalah telefon saya. Maaf saya tak boleh tunggu lama ni" Kata Khalil.
"Okey ustaz, terima kasih atas segala nasihat ustaz. Semuanya banyak berguna pada saya, nanti kita jumpa lagi yer ustaz". Kata Man.
Khalil menuju ke Taman Bahagia, Johor Bahru menaiki kereta seorang diri dan bertemu penguatkuasa lain di situ, waktu itu jam 3.45 pagi. Ada satu aduan kes khalwat di sebuah rumah di situ berdasarkan aduan awam. Satu pasangan ditangkap di rumah itu dan dibawa ke balai polis. Di balai polis, sewaktu menunggu untuk membuat laporan polis, Khalil berbual dengan penguatkuasa, ustaz Razali.
"Razali, esok kamu sediakan penguatkuasa dua orang lelaki dan dua orang perempuan, kita ada satu kes. Berkumpul di berdekatan stesen Petronas berhampiran rumah saya, lepas maghrib. Kamu pun ikut sekali, dan yang 4 orang lagi tu orang baru yang muda-muda lagi". Kata Khalil.
"Baik tuan. Esok saya aturkan, ada apa-apa yang perlu bawa tuan ?". Tanya Razali.
"Pakai baju biasa untuk penyamaran dan bawa alat rakaman suara sekali". Kata Khalil.
"Okey tuan, pemandu macam mana pula, naik kereta kerajaan ke sendiri ?" Tanya Razali.
"Mana-mana pun boleh. Kereta kerajaan pun boleh, tak kisah. Okey, esok saya akan beri taklimat sikit pada dia orang, apa orang kita perlu buat sebelum kita mulakan". Kata Khalil.
Razali turut saja arahan bosnya itu. Pasti ada sesuatu agenda rahsia yang telah dirancang oleh bosnya itu malam esok. Tugas apa, lokasi di mana, tak perlu banyak tanya. Itulah kerja penguatkuasa, kena kerja tak kira masa dan waktu. Dalam kepala Razali, sudah terbayang dah dua lelaki dan perempuan muda dan baru dalam kepalanya seperti yang dikehendaki oleh bosnya. Tapi Razali terfikir juga, operasi apa ? Nak tanya Ustaz Khalil memanglah tak, nak cari nahas ker pergi tanya soalan macam tu......
BERSAMBUNG KE EPISOD 36

No comments:
Post a Comment