Buah Manggis
"Jika
Hati Manusia Sejujur Buah Manggis, Pasti Hidup Manusia Akan Aman Kerana Buah Manggis Tidak Pernah
Menipu Tentang Isi Di Dalamnya. Sebanyak Mana Tampok Di Belakang Buah Manggis Sebanyak Itulah
Isinya. Jika Hati Manusia Sebersih
Buah Manggis Pasti Dunia Ini Akan Tenteram Kerana Seburuk-Buruk Luaran Kulit
Buah Manggis Tetapi Isi Di Dalamnya Sangat PUTIH dan BERSIH"
Buah Machang
Tergolong
kalangan orang munafik. Diluar sudah diragui kerana kulitnya kurang menarik
tidak bercahaya. Nur keimanannya sudah luntur. Isinya akan ada kecacatan
terutama buruk dan berulat. Walaupun baunya sewangi sekampung tetapi harganya
jatuh menjunam. Sifat manusia seperti ini memang ramai dalam masyarakat kita
sekarang. Berjanji manis bukan main lagi tetapi hampep!
Buah Durian
Sifat orang
kedekut. Hartanya banyak dan berharga tetapi kedekut untuk memberi kepada fakir
miskin dan orang yang dalam kesusahan. Sifat buah yang berduri kulitnya memberi
makna kepayahan kepada hubungan silaturahim sesama manusia. Dan bertambah
peritnya lagi, kulitnya akan melukai sesiapa sahaja yang ingin merasai isinya.
Begitu jugalah orang yang pernah berdampingan dengan orang kedekut. Hartanya
amat banyak dan bernilai, semua orang mengetahui dan heboh seluruh pelusuh
memberi makna akan isinya memang hebat.
Kupasan
daripada Ustaz Rahman Semayor.
Admin: Allah
S.W.T. jadi buah-buah ini satu pengajaran yang amat berguna kepada manusia.
Jadi fikirkanlah apakah kita tergolong dalam kalang mereka-mereka ini.
No comments:
Post a Comment