Dua tiga hari lepas,
saya pegi beli ayam di satu tempat. Sebaik saja saya sampai, sampai juga
seorang perempuan dalam usia 20-an atau 30-an, nak beli ayam juga. Saya biarkan
dia oder dulu. Dia beli ayam seekor dan selepas timbang harganya RM 11.60.
Lelaki tu potong ayam dan saya tunggu.
Masa perempuan tu nak
bayar, dia kata RM 11.00 saja, maknanya diskaun 60 sen. Giliran saya pula oder
2 ekor ayam dan bila ditimbang, meter timbang menunjukkan RM 22.98. Dia kata RM
23.00, saya diam saja. Lepas tu dia potong ayam dan lepas potong, saya tanya
sekali lagi, berapa harga ayam tu. Dia kata RM 23.00 dan saya bayar.
Kenapa ?
Kenapa jadi begitu yer
? Perempuan tadi beli seekor ayam, dapat diskaun 60 sen. Tapi saya beli 2 ekor
ayam, tak ada diskaun pun. Masa dia potong ayam tadi, saya fikir juga, mungkin
dia akan beri saya diskaun lebih lagi, rupanya tak.
Lagi satu, kalau nak
beri diskaun pada perempuan tu pun, janganlah nampakkan pada saya. Tapi memang
nampak dan saya ada kat situ sejak mula timbang lagi. Satu lagi, kalau nak jaga
hati saya, patut dia kasi saya diskaun juga. Macam-macam gelagat peniaga yer...
No comments:
Post a Comment