Tuan Guru
Haji Salleh Hj Musa- Permata Kedah.
Ini kisah beliau dalam dunia politik. Ketika muda dulu tahun
2008 (pilihanraya ke-12), saya ( Ibnu Fathani )sempat mengikuti tuan guru
berkempen. Banyak peristiwa menarik yang berlaku. Sebelum tu , saya cerita dulu
peristiwa 2004 (PRU 11 berlangsung, tuan guru haji Salleh menjamah selera
dengan pimpinan Kedah , sewaktu makan , pingan beliau yang bulat itu tiba2
terbelah. Terdiam tuan guru, lalu beliau awal2 memberi pesanan dan kata2 semngt
pd pimpinan, Kita kalah , dan bersabarlah.. ketika itu keputusan belum
diumukan, ternyata benar. Allah. berkat dan solehnya insan bernama Tuan Guru Hj
Salleh.
Masa PRU 12 pula, saya dan Ustz Helmi Assyafie smpat berkempen dgn Tuan Guru
, naik van ja. Ada satu masa, ketika tuan guru makan, tuan guru terdiam pastu
Tuan Guru pesan ; Malam ni tidur awal, solat sujud syukur ya ... Ustaz Helmi
tnya tok guru, kmdian tok guru ckp ; Ada "benda" jatuh dalam pingan
aku" .. dan Insyallah kita menang, ALLLAHuakbar , selepas diumumkan
ternyata PAS mengambil alih kerajaan Negeri Kedah..
Malam tu menjadi saksi
telah berderai air mata insan2 tua yang menunggu saat ajal datang masih sempat
melihat kemenangan.. Para pimpinan kawasan serbu ke rumah tok guru, kerana
terlalu gembira , malam tu jua jadi saksi , titisan air mata Tuan Guru Haji
Salleh. Betapa insan yang rapat dengan Allah , jangan dipandang sebelah mata.
Malam tadi , beliau memimpin solat hajat , entah lah dalam celahan ribuan
betapa ada di antara mereka kita tidak tahu hubungan mereka dengan Allah..
Hebat Allah rahsiakan kewalian kekasihnya di kalangan orang awam. -Sekadar
berkongsi-
No comments:
Post a Comment