Nampak gaya Umno/BN benar-benar akan bungkus dalam PRU ke 13
nanti. Pak-pak Arab yang diundang UBN tidak membantu rakyat untuk terus
menyokong dan memangkah UBN. Sebaliknya pak-pak Arab yang diundang itu memberi
isyarat jelas bahawa parti-parti Pakatan Rakyat-lah yang patut dipilih dalam
PRU 13 nanti.
Tengok apa Pak Arab yang bernama Syeikh Dr Mohamad Ali Ibrahim
Alzoghool berkata, Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik
bukanlah satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya
mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaannya.
Ha kan pakai mampuslah UBN kali ini! Memang selama ini rakyat
tidak pilih atau pilih PAS terutamanya, bukan kerana nama PAS itu sangat, tapi
kerana dasar perjuangan dan manifesto yang dijanjikan! Dengan nama itu PAS
biasa kalah dan dengan nama itu jugak PAS kerap menang!
Kebanyakan janji manifesto PAS di Kelantan dan Kedah telah
dilaksanakan malah ada yang tidak dijanjikan dalam manifesto pun turut
dilaksanakan untuk kepentingan rakyat. Maknanya isyarat Pak Arab itu, rakyat
Malaysia boleh terus mengundi PAS dari Pakatan Rakyat walaupun PAS menggunakan
nama Parti Islam SeMalaysia. Tiada masalah!
Yang menjadi masalah sekarang ialah Umno/BN, janji bertimbun
tidak ditunai, cuma cakap sahaja banyak! Tak percaya tanyalah rakyat di
kawasan-kawasan perumahan, kampung-kampung, komuniti-komuniti dan di
sekolah-sekolah, janji wakil rakyat Umno/Bn masih tetap tinggal janji sedangkan
pilihanraya sudah nak tiba, rakyat yang dijanjikan masih tersengih...habuk pun
tarak!
Pak Arab itu beri isyarat lagi, "Mana lebih
Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang
perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas
membentang kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda
Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, di sini, hari ini.
Wah kalau nak cakap bab mana lebih Islamik, tentulah jelas dan
nyata kepada rakyat! Islamiknya PAS berbanding dengan Umno bagai langit
dengan bumi! Nama dahlah Parti Islam, dasar perjuang PAS- Islam! Dasar
perjuangan Umno- fulus wal perut! Para pemimpin PAS - mana ada kena tangkap
rasuah, para pemimpin Umno- alahai nak cakap pun malas contoh anak kepada
Toyo!(ambil satu contoh je tu).
Kalau tengok kepada keluarga pulak, keluarga Anwar Ibrahim
dengan keluarga Najib – jauh....jauh beza! Keluar Anwar tutup aurat, keluarga
Najib? Alahai! Itu baru pemimpin dari PKR belum lagi keluarga para pemimpin
PAS!
Maknanya apa yang Pak Arab itu nak bagi tahu, rakyat Malaysia
kena pilih PAS yang lebih Islamik dan parti-parti Pakatan Rakyat yang menepati
tamadun umat Islam dan mempunyai nilai-nilai Islam yang luhur! Pak Arab itu nak
berpesan secara cakap berlapik maklumlah depan Jamil Khir dan Dolah Mat Zin,
tolak parti Umno yang tidak Islamik itu dan langsung tidak menetapi tamadun
Islam!
Pak Arab itu berpesan lagi, bahawa orang yang soleh tidak semestinya
sesuai untuk menjadi pemerintah. "Tidak semestinya orang soleh
serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.”
Pak Arab itu nak bagi tahu, kalaulah Jamil Khir atau Mashitah
Ibrahim atau Abdullah Mat Zin, Harussani dan Abdul Syukor Fatwa itu boleh
dikatakan soleh serta baik dari sudut agama, mereka ini pada hakikatnya tidak
layak menjadi pemimpin atau pemerintah kerana lemah dan lembik untuk menegak
konsep amal maaruf dan nahi mungkar! Mereka boleh tenggelam kerana fulus
wal perut! Kelemahan Abu Dzar tidak sama dengan mereka, kelemahan Abu Dzar
lain!
Maka sebab itu Pak Arab itu nak bagi tahu, orang soleh yang
layak menjadi pemimpin adalah yang mempunyai watak dan ciri-ciri seperti contoh
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Azizan, Anwar
Ibrahim, Khalid Ibrahim dan lain-lain dari Pakatan Rakyat! Mereka ini tegas,
punyai daya kepimpinan dan karisma yang tinggi, bersih dan sentiasa berada di
atas landasan amal makruf nahi mungkar!
Maksud Pak Arab ini para pemimpin Umno perlu dielakkan kerana
dahlah tak soleh, lemah pulak! Nak tentukan tarikh pilihanraya pun tak mampu,
apatah lagi dalam hal-hal lain! Dahlah lemah, tolak pula pelaksanaan hukum
Islam. Membazir untuk diri sendiri, wasatiyyah hanya untuk rakyat!
Demikian pandangan tersirat Dr Mohamad Ali Ibrahim Alzoghool
yang dapat ditelah, dikupas dan perlu difahami oleh seluruh umat Islam di
negara ini.
Seorang lagi Pak Arab iaitu katanya bekas Dekan Fakulti Syariah
Universiti Yarmouk Jordan Syeikh Prof Dr Mohammad Oqlah Al-Ali Al-Ibrahim, yang
turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik
mempunyai asas berlainan antara satu sama lain dan seseorang itu perlu
mengkaji mengenai parti-parti sebelum menganggotainya.
Betullah sangat! Patutlah kian ramai berbilang usia terutama
yang telah pencen berebut-rebut mengangotai PAS! Janganlah anggotai parti yang
amalannya dan aktivitinya tidak boleh membantu kita menjawab persoalan
pembicaraan di alam barzakh dan di Padang Mahsyar nanti, parti yang penuh
dengan perasuah, kepura-puraan, yang di dalamnya serba aneka perangai dan
akhlaq manusia dan tolak pula Islam sebagai teras perjuangan! Assabiyyah lagi!
Itulah partinya..UMNO!! Minta sisih....!!
Maka rakyat semakin jelas dan faham, parti mana yang akan
dipilih dalam PRU ke13 nanti, ABU (Asalkan Bukan Umno) !
No comments:
Post a Comment