Perbezaan di antara
dua watak. Wassatiyyah, nilai-nilai kesederhanaan yang dipraktikan oleh PM
Najib. Wassatiyyah yang Najib selalu suka menyebutnya. Bagaimana nak
merakyatkan wassatiyyah sekiranya dalam rumahtangga sendiri tak mampu
dilaksanakan. Kita boleh lihat perbezaan bagaimana wassatiyyah yang dipraktikan
oleh Raja Abdul Aziz melalui wakilnya Dr Amaal Abdullah Al Hazaa dengan
wassatiyyah karangan Najib.
Rosmah Mansor, Penaung
‘Batu’ Permata Pintar Negara bersama wakil MAWHIBA Dr Amaal
Abdullah Al Hazaa sebelum menyaksikan perjanjian antara Universiti Kebangsaan
Malaysia dengan MAWHIBA, Yayasan Raja Abdul Aziz.
Lihat pula kepada
cincin Rosmah, besar ‘gedebak’. Bukan hanya sebelah tetapi kiri dan kanan.
Lihat pula cincin insan di sebelahnya. Ini fahaman wassatiyyah yang
dipraktikkan Rosmah, bini Datuk Najib. Lihat juga perhiasan lainnya.
Kita biasa melihat
cincin besar begini dipakai oleh penjual cincin di kaki lima dan juga
bomoh-bomoh. Mungkin bomoh Rosmah juga menyarankan untuk memakai begitu.
Satu lagi nak tanya,
adakah itu cincin RM24 juta. Eh taklah kerana ini cincin mutiara, yang RM24
juta tu batu permata. Itulah sebabnya Rosmah suka sangat menjadi penaung kepada
yang ada nama ‘Permata’.
No comments:
Post a Comment