Ibrahim melarang
rakyat menderma untuk lebuhraya...... Ada satu cerita menarik. Ini diceritakan
oleh kawan aku. 20 tahun dulu. Ada seorang manusia tak nak bagi ambik tanah
untuk orang kampung buat jalan. Katanya, "Jangan ambik tanah aku walau
satu inci." maka orang kampung terpaksa membuat jalan tanpa mengambil bahagian tanahnya. Nasib baik jiran tanah
bersebelahan bermurah hati membenarkan jalan yang bakal dibuat menggunakan
tanah miliknya. Maka siaplah jalan untuk laluan penduduk kampung. Dalam 2 tahun
lepas, manusia tadi ingin menanam semula getah, selepas proses tebang getah
tuan empunya, maka orang kampung sepakat tidak membenarkan batang getah yang
telah dipotong dibawa keluar menggunakan jalan tersebut. Kalau nak dibawa
keluar juga terpaksalah manusia tadi menggunakan khidmat pengangkutan udara.
Perkara ni sampai keperingkat laporan polis. tapi pegawai polis terpaksa akur
dengan kehendak orang kampung. Ceritanya lagi. jentera yang digunakan untuk
menebang dan mencuci tanah terbabit perlu membayar 'tol' kepada orang kampung
untuk dibawa keluar. Hasilnya manusia tadi kerugian kerana tidak dapat menjual
kayu getah yang telah ditebang........angkanya agak besar tapi tak ingat
berapa.... KALAU ORANG YANG MELARANG ORANG MENDERMA UNTUK JALAN KEMUDIAN KITA TAK
BAGI DIORANG MENGGUNAKAN JALAN TERSEBUT, BOLEH KE????
No comments:
Post a Comment