BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, June 18, 2012

NOVEL – SUDAH NASIB MAT BURGER

 

Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)

EPISOD 34

Perbualan mereka bersambung semula:

"Taklah, saya bukan polis". Kata lelaki itu.

"Habis kalau abang bukan kerja polis, abang kerja apa ?". Tanya Man lagi.

"Tak apalah Man, kerja saya tak boleh beritahu orang sangat. Awak tak kenal saya kerja apa pun dah kira cukup baik". Kata lelaki tu. Man terus kehairanan.

"Tengok gaya abang, macam pegawai penyiasat saja. Abang kerja kerajaan ?". Tanya Man lagi.

"Yer, saya kerja kerajaan. Okeylah.. saya kerja Jabatan Agama Islam Johor, penguatkuasa Jabatan Agama. Tapi kalau boleh jangan beritahu orang sangat kerja saya ni". Kata lelaki tu.

"Abang kerja penguatkuasa Jabatan Agama ?". Kata Man dengan nada terkejut.

"Yer...". Jawab lelaki tu.

"Oh yer... baru saya ingat, gambar abang dalam akhbar Metro semalam, gambar abang tamat latihan tekwando. Sekarang semua penguatkuasa Jabatan Agama ada tekwando ke bang ? " Kata Man.

"Oh.. Metro semalam, betullah. Tu gambar masa tamat kursus tekwando, polis dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur yang ajar. Macammana boleh cam pulak muka saya ?..." Tanya lelaki tu.

"Alaaa.. kalau muka kita biasa tengok, mesti kita ingat punya... Abang ni nama sapa yer, nak panggil nama apa ?" Kata Man.

"Panggil saya Khalil saja, rumah saya belakang sana saja, tak jauh dari sini, lorong 17". Kata lelaki itu.

Oleh kerana mengetahui lelaki itu kerja di jabatan Agama, Man rasa lelaki itu mungkin boleh membantunya dalam meyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Kalau tadi dia panggil lelaki itu abang, sekarang sudah diubahnya sendiri pada gelaran 'ustaz' walaupun tak disuruh. Selepas siap burger yang dipesan, Man bercakap sesuatu lagi dengan lelaki itu.

"Ustaz...saya rasa ustaz mungkin dapat bantu saya. Saya ada masalah besar, boleh ke ustaz  bantu ?" Kata Man.

"Masalah apa tu ?". Tanya Khalil.

"Mungkin malam ni ustaz tak ada masa nak dengar masalah saya, cerita saya panjang. Ustaz mungkin ada kerja lain malam ni" Kata Man.

" Tak apa, ceritalah. Saya pun malam ni tak ada operasi, cuma tunggu panggilan saja.". Kata Khalil.

Man sudah mula berkemas untuk menutup kedai dengan dibantu Aboi. Man tinggalkan Aboi seorang diri dan Man bersama Ustaz Khalil ke kedai mamak berhampiran. Mereka berbual panjang di kedai mamak tu, waktu itu hampir jam 1.00 pagi. Khalil dengar satu persatu cerita dan kisah hidup Man dari mula hingga sekarang. Khalil menjadi pendengar yang baik dan kadang-kadang bertanya soalan kalau cerita itu kurang jelas. Lepas tu, Khalil pula berkata-kata, seakan mengulas kisah hidup Man tu.

"Kisah kamu ni, dalam bab perkahwinan kira kes 'wali enggan', ada prosedur tertentu yang membolehkan kamu nikah dengan Yanti. Kamu boleh datang ke pejabat Agama Daerah dan buat aduan. Lepas tu, mungkin Kadi atau Mahkamah akan menjalankan beberapa proses, mungkin memanggil bapa Yanti. Sama ada ayah Yanti suka atau tak suka untuk meneruskan perkahwinan, kita serahkan pada Mahkamah. Kalau mahkamah beranggapan Man layak jadi suami yang baik pada Yanti, berkemungkinan mahkamah akan benarkan kamu bernikah secara 'wali hakim'. Apa-apa hal, serahlah pada bidang kuasa mahkamah...". Kata Khalil.

"Jadi, masih ada peluang, walaupun bapa dia menentang ?" Tanya Man.

"Yer..masih ada peluang untuk kamu bernikah dengan Yanti. Kita serahkan pada mahkamah. Ada beberapa kes yang saya ketahui sebelum ini, berjaya bernikah secara wali hakim selepas mahkamah benarkan. ". Kata Khalil.

"Oh yer...Tapi ustaz, bagaimana penerimaan keluarga Yanti dan keluarga saya nanti ? Mereka tentu bermusuhan dengan kami semua". Kata Man.

"Itu kamu fikirkanlah sendiri.....Tapi ada beberapa kes, keluarga menentang pada peringkat permulaan saja. Lepas bernikah dalam setahun, bila dah dapat anak pertama, bapa dan keluarga pun reda. Ada pula satu kes tu, bapa mula taknak walikan. Tapi bila mahkamah dah perintah wali hakim, bapa dia pula datang waktu majlis akad nikah, nak walikan anak dia, ada juga kes begitu. Jadi, terpulang pada kamulah Man. Kalau kamu nak teruskan, ada prosedur atau caranya, terpulang pada kamu Man..." Kata Khalil.

"Yer ustaz, saya faham. Tapi ustaz agak, kalau kes saya ni boleh berjaya ker ?" Tanya Man.

"Itu bidang kuasa mahkamah Man. Biar hakim yang putuskan. Kamu bawaklah akaun simpanan dan keluar masuk kira-kira perniagaan kamu di mahkamah nanti....Man, gaji kamu berbelas ribu sebulan, kalah gaji pegawai tahu. Saya ingat, saya yang ada ijazah ni, kalau pencen nanti pun belum tahu gaji sebesar kamu ni. Saya rasa, dari segi pendapatan, mahkamah boleh terima. Tapi saya tak boleh cakaplah kamu berjaya atau tidak, ini budi bicara mahkamah." Khalil.

"Ustaz, lagi satu, Yanti pernah ajak saya nikah di Thailand saja. Orang yang uruskan itu kata dia kenal rapat dengan jabatan Agama Johor dan boleh daftar kat sini. Apa pandangan ustaz, kalau saya nak cari jalan mudah, pergi ke Thailand saja ?". Tanya Man

BERSAMBUNG KE EPISOD 35

No comments:

Post a Comment