Semasa
kuliah berkenaan, Ustaz masih sempat bergurau dengan ahli jemaah supaya
hadiahkanya satu kereta yang baru bagi memudahkan perjalanannya untuk
berkuliah. Bermula dari detik itulah, ustaz menunjukan satu perubahan
yang ketara untuk memujuk remaja dan pemuda untuk sama-sama bangkit sayangkan
Islam. Pada awalnya golongan pertengahan dan warga emas kurang meminatinya
kerana bahasa yang digunakan agak kasar dan keras. Tetapi sekarang ini
Alhamdulillah... tuhan memberi yang terbaik untuknya meneruskan perjuangan
dalam merakyatkan rakyat negara ini agar bangun bersama Islam secara
keseluruhannya.
Pada
dahulunya, penulis SKJ terpaksa membeli CD-CD ustaz untuk memperdengarkan
kepada rakan-rakan sepejabat supaya dengar dan fahami isi kandungan kuliah yang
disampaikan. Dan jangan cepat melatah apa yang ustaz sampaikan sekiranya kita
tidak jelas tentang hukum.
Ketika
dahulu kuliah ustaz hanya di Ladang, Gelong Bilal dan Pinang Merah Paka dan
berapa buah lagi yang surau yang berdekatan mengambilnya untuk mengajar selepas
solat maghrib. Tetapi sambutannya di kawasan kuala Terengganu agak suram.
Semasa kehadiranya ke Masjid Pinang Merahlah, bangkitnya remaja yang semakin
minat untuk mengikuti kuliahnya. Setelah ustaz datang ke Daerah Kemamanlah satu
kejutan yang besar apabila sambutannya boleh dikatakan yang teramai ketika itu.
Alhamdulillah.
Dan
nama Tok Batin pun tersebar memluas di Daerah Kemaman kerana dialah yang
membawa ustaz ke sana dan kemari. Siapa Tok Batin? Tok Batin sekarang sudah
bertukar tempat kerja dari Kemaman ke Melaka dan .....? Tetapi Tok Batin masih
lagi penggerak utama dalam kuliah ustaz di Daerah Kemaman. Tok Batin adalah AJK
SKJ Lujnah Penerangan. Terima kasih Tok Batin kerana jasa mu membawa ulama ke
Bumi Kemaman yang sekarang ini SKJ menjadi tumpuan orangramai.
Dengan
perkembangan terkini ustaz yang semakin sibuk dengan jadual kuliah dan
berbagai-bagai program teratur. Maka peluang bagi surau dan masjid yang
dahulunya ustaz boleh singgah setiap mingguan tetapi sekarang ini bertukar
bulanan. Di atas permintaan peminat seluruh tempat di semenanjung yang mahukan
ustaz hadir secara bulanan ditempat mereka. Terpaksalah banyak perubahan yang
dilalui.
Penghijrahan yang
beliau pilih dah menjadikan beliau seorang ulama' tersohor di
Malaysia.Mana taknya, setiap kuliah yang ustaz adakan, penuh
sesak satu masjid.Itulah aura orang yang bernama Ustaz Azhar Idrus. Pendekatan
yang beliau gunakan iaitu mendekati golongan muda melalui
aktiviti-aktiviti beliau dilaman-laman sosial seperti di facebook dan
ustazazhar.net banyak membantu golongan muda dalam memahami dan
memantapkan pengetahuan terutamanya dalam hukum fiqh.
Siapa pun kita pada
hari ini, tak menjamin siapa kita pada hari esok. Kalau dulu mungkin
Ustaz Azhar sendiri pun tak menyangka beliau akan jadi seperti siapa
beliau pada hari ini, kita juga begitu. Jika sekarang kita
berada jauh dari Islam, maka berhijrahlah dengan hati yang ikhlas.
Islam is the way of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!
Lucky Club Casino Site ᐈ Find your lucky club bonus
ReplyDeleteLucky Club Casino provides the best online casino games 카지노사이트luckclub with free spins, no deposit, no deposit bonus and the latest promotions from the most popular providers.