ORANG ramai dan
pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah
lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup.
100 rentung cuba cedok minyak tumpah |
PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang
yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik,
maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa
yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius.
Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku
bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan
dalam satu kubur.
"Lori tangki itu terbalik kerana cuba
mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua
Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk
tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah.
Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali
kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar
untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap
kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus
meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki
sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober
1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran
minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak
No comments:
Post a Comment