Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 37
Ustaz Khalil jumpa Man di restoran Osman.
"Ustaz, ada cerita terbaru ke ?". tanya Man.
"Ustaz, ada cerita terbaru ke ?". tanya Man.
"Cerita terbaru
apa, tak ada apa, saja jer jumpa ni". Kata Khalil seolah-olah nak
menyembunyikan cerita nikah sendiket yang baru disiasatnya tadi.
"Ustaz, macam
mana dengan broker nikah Siam tu, ada apa perkembangan ker ?" Tanya Man.
"Oh yang tu...
belum lagi. Man kalau ada apa-apa perkembangan, beritahu saya, kita nak kumpul
maklumat dulu" Kata Khalil.
Khalil cuba
merahsiakan tugas penyamaran dan risikan terhadap lelaki broker nikah Siam itu.
Pada Khalil, kerahsiaan sangat penting termasuk kepada pengadu sendiri. Biarlah
penguatkuasa yang selesaikan itu semua tanpa dimaklumkan kepada pengadu supaya
tidak mengganggu siasatan kes.
Okey Man...nak sambung
cerita semalam. Seronok juga cerita hidup kamu ni Man. Saya pun tak tahu selama
ini penjual burger boleh berpendapatan tinggi macam kamu, kalah gaji
saya". Kata Ustaz Khalil.
"Alhamdulillah,
dah rezeki saya ustaz. Tapi ustaz lain, ustaz pegawai tinggi, bukan sampah
masyarakat macam saya ni..." Kata Man.
"Ishhh, apa kamu
cerita ni ? Apalah yang tinggi sangat pada jawatan saya ?" Kata Khalil.
Man tunduk, dan tidak
semena-mena, air matanya mengalir. Tangannya menggenggam kemas gelas teh
tarik.
"Ustaz.... Kenapa
orang hina saya ustaz ?... Man bukan pencuri, Man bukan
perompak, Man bukan penagih dadah. Tapi kenapa Man jadi begini,
orang anggap Man sampah masyarakat. Apa dosa dan kesalahan Man, ustaz
?" Kata Man.
Ustaz Khalil seolah
terdiam kerana perbualan itu sudah bertukar menjadi sedih pula. Mungkin ustaz
Khalil berfikir, kenapalah Man terlalu sensitif bila disebut dia penjual
burger. Bukan niat dia untuk membuatkan Man jadi sedih.
"Ustaz...Ujian
yang Man terima ini cukup berat. Lepas seorang-seorang yang hina Man.
Kalau ikutkan hati, Man hampir bunuh diri. Man tak sanggup hidup
begini...bagaimana Man boleh hidup kalau masyarakat sekeliling pandang tak
baik pada Man...." Kata Man.
"Man... banyakkan
mengucap. Setiap hamba pasti ada ujian dari Allah Taala. Mengucap Man... Setiap
ujian yang diterima itu pasti ada hikmah di sebaliknya" Kata Khalil.
Air mata Man terus
deras mengalir, dia tak pernah menangis seperti ini di depan seseorang. Malam
itu dia luahkan kesedihannya di meja kedai mamak di satu sudut yang gelap.
Sesekali, mamak tukang oder makanan menjeling ke arah meja itu, kemudian
berbisik dengan rakan sekapalnya dari India itu, mungkin dia ingat Man sedang
bergaduh.
"Ustaz.. Bermula
dengan keluarga Yanti memusuhi Man, kemudian keluarga Man sendiri dan
sekarang mungkin Yanti sendiri yang membenci Man pula. Lepas ni siapa lagi
?.... Ustaz, kenapa Yanti benci Man ? Dulu dia janji nak sehidup semati dengan
Man, sanggup berkorban untuk kebahagian bersama. Sekarang, kenapa pula Yanti
yang tewas dengan keadaan ini..... Ustaz, Man boleh hadapi orang lain termasuk
keluarga Yanti dan keluarga Man. Tapi kalau Yanti sendiri yang membenci Man,
Man rasa hidup Man sudah tidak bermakna lagi. Ustaz, Man rasa hidup Man sudah
tidak bermakna tanpa Yanti. Man tak dapat meneruskan hidup ini lagi" Kata
Man.
"Yanti
membenci Man ? Betul ke anggapan kamu ni Man ? Kenapa pula dia
benci Man ? Man, ini mungkin anggapan kamu saja. Saya rasa, kalau kamu
susah melupakan Yanti, Yanti juga bukan senang nak melupakan kamu". Kata
Khalil.
"Yer ustaz. Yanti
sudah dua bulan lebih tak hubungi Man. Man pun sudah nekad tidak akan
hubunginya kalau dia tidak hubungi Man. Man cuba lupakan Yanti, tapi tak
boleh ustaz. Dia masih di hati Man. Cuma Man rasa, keluarganya sudah
berjaya mempengaruhi Yanti supaya melupakan Man. Keluarga dia tuduh macam-macam
termasuk Man guna ilmu hitam nak tundukkan Yanti". Kata Man.
"Kamu boleh buat
andaian Man. Tapi saya fikir Yanti tetap menyayangi Man seperti dulu,
malah cinta itu mungkin bertambah lagi. Cuma mungkin dia berada
di persimpangan yang sukar dibuat pilihan sama ada ke kiri atau ke kanan. Saya
rasa, Yanti tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini". Kata Khalil.
"Yer,
kekadang Man fikir begitu juga. Tapi kenapa Yanti tak mahu
hubungi Man lagi seperti dulu ?" Kata Man.
"Man, situasi dah
berubah. Dulu lain, kamu boleh berhubungan dengan bebas, tapi sekarang mungkin
tidak. Mungkin Yanti rasa bersalah kerana keluarganya yang menyebabkan Man
kena pukul dan dia takut abangnya mengganggu Man lagi. Sebab dia sayangkan
Manlah, dia tak mahu hubungi Man lagi sekarang..." Kata Khalil.
"Ustaz,
hubungi Man melalui telefon tiada kaitan dengan Man dipukul lagi
atau tidak. Kalau dia hubungi Man pun, abangnya tak akan tahu" Kata
Man.
"Tidak Man.
Wanita bukan sifatnya begitu, wanita sukar untuk berlakon seperti lelaki.
Mungkin dia tak mahu rapat sekarang ini sebab abangnya masih memerhatikan gerak
gerinya." Kata Khalil.
Man terdiam. Dia cuba
menyelami apa yang dikatakan oleh ustaz Khalil. Dia kurang faham, apa yang
dimaksudkan dengan lakonan antara lelaki dan wanita itu.
"Man...Yanti
mungkin sedang mencari ketenangan diri dan tidak mahu mengganggu Man buat masa
ini. Saya percaya, kalau Yanti hubungi Man, cinta itu akan berputik kembali dan
sukar dipisahkan. Yanti mungkin berfikir, adakah wajar dia teruskan cinta
dengan Man. Saya rasa, biar Yanti terus berdiam diri. Lambat laun, dia akan dapat
kesimpulan terbaik untuk masa depannya". Kata Khalil.
"Berdiam diri
sampai bila ustaz ? Kenapa Yanti tak fikir, hidup Man tambah tersiksa
bila Yanti berdiam diri ?" Tanya Man.
"Okey, Man. Man
pula kenapa tak hubungi Yanti ?". Tanya Ustaz Khalil.
"Hubungi Yanti ?
Sekarang mungkin tidak ustaz. Man... Man...". Jawab Man tersangkut
sangkut.
"Sebab apa ? Man
ada sebab tersendiri kan ? Begitu juga dengan Yanti, dia ada alasan tersendiri
kenapa dia tak mahu hubungi Man." Kata Khalil.
Man terdiam seketika,
itu soalan perangkap yang sukar dijawab. Terfikir juga Man, kalau dia berat
untuk menghubungi Yanti, pasti Yanti juga berat untuk menghubungi Man.
"Okeylah Man.
Lupakan semua itu, Man jangan fikir yang bukan-bukan. Kita hidup ini jangan
selalu rendah diri, kalau kita rendah diri, sampai bila pun kita tak ada
keyakinan diri. Cuba katakan dalam diri Man yang Man ini seorang yang hebat,
seorang yang berjaya, seorang yang cemerlang. Tiap hari lepas sembahyang dan
sebelum tidur, ungkapkan perkataan itu dalam diri Man. Kita Yakin boleh, diri
kita pasti akan boleh." Kata ustaz Khalil.
"Yer Ustaz,
terima kasih ustaz. Insyaallah ustaz, Man akan cuba". Kata Man, apa yang
diperkatakan itu menusuk kalbunya.
"Man.. soal jodoh
ini adalah ketentuan Allah Taala, kita merancang tapi Allah yang menentukan.
Man perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Kalau
Man ditentukan akan dijodohkan dengan Yanti, itu adalah ketentuan Allah. Man...
kalau Man ditentukan jodoh dengan orang lain, itu juga ketentuan Allah Taala.
Man jangan kecewa, jangan rasa rendah diri. Tanamkan azam dalam diri... MAN
SEORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP!, MAN SEORANG YANG CEMERLANG!, MAN SEORANG
YANG HEBAT !
"Yer, terima
kasih ustaz. Man akan cuba kuatkan semangat, Man akan cari penyelesaian
terbaik. Tapi ustaz, apa pandangan ustaz. Patutkah Man telefon Yanti lepas ini
?" Kata Man.
"Itu terpulanglah
Man. Kalau Man fikirkan itu yang terbaik, silakan. Tapi saya rasa, elok Man
menyendiri dulu macam sekarang. Bertenang dulu dan cari jalan terbaik untuk
menyelesaikan masalah ni". Kata Khalil
...BERSAMBUNG KE
EPISOD 38
No comments:
Post a Comment