BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, July 7, 2012

Forum Perdana : “KEBERANIAN MELAHIRKAN KEBENARAN ILAHI” di SKJ


 Kebanjiran jemaah terutama remaja dapat dilihat dengan jelas satu perubahan yang ketara apabila pihak majlis mengundang tetamu seperti Saudara Sham Kamikaze dan Ustaz Khairul Ikhwan. Disebabkan Saudara Sham Kamikaze belum lagi menjejak kakinya dibumi Kemaman ini, mungkin faktor ingin melihat secara face to face adalah salah satu fakta kebanjiran remaja datang ke SKJ pada malam tadi. Dan mungkin faktor Ustaz Khairul Ikhwan yang jarang datang ke Kemaman semenjak akhir ini membuatkan jemaah teringin mendengar kupasan yang tajam daripadanya. Apa yang jelas ingin diperkatakan, rakyat mula inginkan perubahan. Maka bermula dari sekarang marilah bersama-sama kita bina satu ikatan dengan kekuatan Islam dalam hidup semoga menjadi penyelamat dialam akhirat nanti. 
 Dengan kehebatan dua ahli panel ini dalam menghuraikan tajuk yang diberi amat berbaloi. Dengan aksi hujahan yang berfakta serta berjenaka menjadi majlis tidak terasa akan ketidakhadiran seorang ahli panel. Ustaz Suhaimi yang memeggang dua watak iaitu moderator dan ahli panel. Kepetahan Ustaz Suhaimi dalam berforum amat dikagumi.  


 Ustaz khairul Ikhwan yang menyatakan hubungan Kelantan dan Dr. Morsi di Mesir akan menjadi kenyataan dengan kunjungan wakil Kelantan ke Mesir dalam tempoh terdekat ini sebagai tetamu kehormat. 





 Terima kasih kepada ahli panel yang sudi menerima jemputan untuk berforum. Tanda terima kasih pihak SKJ kepada ahli panel yang berforum dengan simboliknya menyampaikan cenderahati. Tuan Haji Hamid selaku penasihat SKJ menyampaikannya. 

No comments:

Post a Comment