Sebuah karya Ustaz
Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah
peminatnya)
EPISOD 36
Esoknya, sebelah petang di pejabat, Razali
masuk bilik Ustaz Khalil.
"Tuan. Empat
orang penguatkuasa tu dah ada kat luar. Semua dah sedia. Boleh masuk ke tuan
?" Tanya Razali.
"Okey, nanti
dulu, kamu duduk dulu". Kata Khalil.
Razali duduk, sambil
mengeluarkan buku catatan dan pen. Pada anggapan Razali, sudah tentu ada
sesuatu yang ustaz Khalil mahu terangkan.
"Malam ni kita
nak buat risikan, kes nikah Siam ni. Saya nampak ada beberapa aduan, siap nama
dan nombor telefon agen nikah ni. Sampai mereka berani letak iklan di kereta
dan di kedai makan. Dah jadi macam bisnes pulak....." Kata Khalil memulakan
bicara. Razali mendengar dengan penuh teliti apa yang disampaikan itu.
"Sasaran orang
ini adalah orang lelaki yang nak kawin dua, juga orang yang ada masalah
berkaitan wali dan orang yang dah terlanjur....Saya rasa orang ini adalah orang
yang sama atau rakan mereka juga. Ada satu aduan yang saya terima baru-baru
ini, saya dapat nama dan nombor telefon dia. Dan bila saya tengok aduan
yang kita terima sebelum ini, nombor telefon orang ini sama saja, cuma nama
saja yang lain....."Kata Khalil. Razali dengan penuh teliti mendengar dan
membuat catatan.
"Jadi kita nak 4
orang ini menyamar untuk dapat cerita lanjut mengenai kegiatan orang ni.
Berlakon nak pergi bernikah, katakan wali tak izin. Kita tengok apa yang orang
ini tawarkan. Saya nak dua perempuan dan seorang lelaki yang pergi jumpa secara
berdepan. Kamu dan seorang lagi duduk jauh sikit di tempat tersembunyi sikit.
Saya pun akan ada, tapi mungkin duduk dalam kereta saja, taknak nampakkan
muka...." Kata Khalil
"Lagi satu..orang
ini dikatakan rapat dengan pejabat agama. Tak mustahil juga kalau dia staf
pejabat agama, bukan saya menuduh, tapi kita siasat dulu, kemungkinan itu ada.
Ataupun, dia ada kawan rapat dengan orang di pejabat kita. Atau mungkin juga
dia tak ada apa-apa hubungan dengan orang kita, tapi menggunakan nama kita
saja. Jadi, saya nak kamu pastikan dan camkan muka orang ini..."Kata
Khalil.
"Okey tuan. Saya
akan minta Puyoh, Salmah dan Zarah yang pergi jumpa orang tu. Saya dan
Kamal akan duduk jauh sikit". Kata Razali.
"Puyoh ? Siapa
puyoh ? orang kita ke ?" Tanya Khalil macam terkejut.
"Maaf tuan, puyoh
tu Faiz. Maaf tuan, puyoh tu gelaran dia jer ". Kata Razali.
"Ohh yer ke,
kenapa pulak orang panggil dia puyoh ?". Kata Khalil.
"Kawan-kawan yang
beri gelaran kat dia masa sekolah sampai sekarang. Dia ni mulut banyak sikit,
sebab tu orang gelar dia puyoh". Kata Razali.
"Okey, baguslah
orang mulut banyak. Kamu ajar dia cara nak berlakon kejap lagi. " Kata
Khalil.
"Baik
tuan.". Kata Razali.
"Tadi saya dah
telefon orang ni, saya guna nama Hairul. Jadi nama si puyoh tu kamu tukar jadi
nama Hairul. Saya tak cakap panjang tadi, cuma saya kata saya ada masalah wali
dan nak jumpa malam ni di kedai mamak Osman pukul 8.00 malam. Pergi jumpa dan
dapatkan maklumat saja, bukan nak buat apa-apa tangkapan malam ni". Kata
Khalil.
Razali kemudian keluar
dan bertemu keempat-empat penguatkuasa untuk menjalani latihan berlakon. Malam
itu, jam 8.00 malam, mereka sudah bersiap sedia menunggu di stesen minyak
petronas seperti dijanjikan. Tak lama kemudian, ustaz Khalil telefon dan
meminta mereka berada di kedai mamak Osman dan menunggu kedatangan lelaki itu.
Ustaz Khalil sekali lagi menelefon orang itu yang dikenali sebagai 'Ustaz
Salleh'. Tak lama kemudian, Salleh datang ke kedai itu seorang dan bertemu
dengan seorang lelaki dan dua perempuan itu.
Khalil yang berada di
tempat letak kereta, melihat lelaki itu memandu kereta berwarna merah
dan mencatatkan nombor pendaftarannya. Setahu Khalil, Salleh yang dia lihat itu
bukan bertugas di pejabat agama dan dia tak pernah melihat lelaki itu sebelum
ini. Manakala Razali dan Kamal duduk di kedai itu di meja lain yang berjauhan
sikit. Razali nampak, aksi dan gaya puyoh yang berbual panjang dengan gaya dan
pergerakan tangannya. Lebih kurang 30 minit, perbualan mereka tamat dan lelaki
itu balik dengan menaiki kereta semula.
Khalil memberi arahan
yang tugas sudah selesai dan meminta semua berkumpul di pejabat. Dari rakaman
suara dan penjelasan ketiga-tiga penguatkuasa itu, betul dan sama seperti yang
diceritakan oleh Man Burger. Orang itu menawarkan perkhidmatan itu dengan
bayaran 5,000. Urusan pendaftaran di pejabat agama, itu urusan sendiri.
Dalam jam 12.00 malam,
Khalil ke gerai Man dan mengajak Man minum. Kenapa Khalil nak jumpa Man ?
BERSAMBUNG KE EPISOD
37
No comments:
Post a Comment