Tangki air pula runtuh di Terengganu.. kali ini sempena lawatan
Najib..
Suratan atau kebetulan?? Takkanlah nak dikatakan kerana sial
yang dibawa Najib ke Terengganu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka,
Dungun, Terengganu pecah kot... tak baik tu.
Lagipun mana ada manusia dilahirkan membawa sial.. orang zaman
dulu-dulu saja yang percaya tu..
Semalam..13 Julai, Kunjungan pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun disambut meriah lebih
20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara sempena
majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke
Terengganu, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu turut diraikan lebih 10,000
rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Tetapi semalam juga, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan
Paka, Dungun telah pecah menyebabkan pagar yang ada berhampiran dan juga jalan
mengalami kerosakan..
Tapi... Terengganu ni.. samada Najib datang atau tidak.. perkara
yang melibatkan runtuhan ni perkara biasa dah...
No comments:
Post a Comment