BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, July 14, 2012

Program tercipta di SKJ














 

3 Julai 2012 Jumaat - SKJ menerima satu ekor lembu aqiqah daripada jemaah. Alhamdulillah sempena kuliah Ustaz Hishamuddin merangkap ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Kemaman. Daging lembu diagihkan ke program fakir miskin di Geliga untuk dimasak disana. Selebihnya dimasak di SKJ untuk jamuan makan bersama Ustaz Hishamuddin. AJK SKJ di sampaikan satu berita yang hebat selepas kuliah ustaz nanti.  Apa yang pasti, semua jemaah tertunggu apakah berita itu.
Kehadiran 2 orang wanita yang agak pelik dari percakapannya. Siapakah mereka ini? Sebelah kiri Puan Lavina anak Muyan berumur 21 tahun berasal kapit Serawak. Isteri kepada Omar Lawrence Murim Bin Abdullah (Lawrence Anak Murim). Disebelah kanan Basi Anak Richird sepupu kepada Puan Lavina dan belum berkahwin. Kedua-dua ini belum ada nama Islam lagi dan tidak bekerja. Selepas berbual dengan ustaz tentang agama Islam dan tiada paksaan dalam memeluk agama Islam, barulah ustaz mengajar mengucap 2 kalimah syahadah kepada 2 orang wanita ini. Dan ini adalah kali pertama SKJ menerima sejarah yang tercipta tanpa diduga oleh sesiapa. Mereka ini menyewa rumah di kampung Bukit Kuang dengan kelonggaran bayaran menyewa yang tuan rumah berikan iaitu bermula bulan Oktober 2012 barulah dikira. Alhamdulillah rezeki Allah ada dimana-mana sahaja. Limpahan rezeki tiada siapa yang tahu.   
Bersama ustaz adalah Omar Lawrence Murim Bin Abdullah suami kepada Lavina anak Muyan. Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang saudara baru kita ini boleh berjumpa dengan Ustaz Hishamuddin. Rahsianya ada bersama ustaz.
Sumbangan SKJ kepada Lawrence berupa barangan dapur dan wang tunai. Alhamdulillah jemaah berpusu-pusu menghulurkan wang tunai sebagai penghargaan sesama saudara Islam. Dan kepada yang ingin menghulurkan sumbangan khas kepada saudara baru kita ini bolehlah berhubung terus dengan AJK SKJ. Bagi memastikan keselamatan nombor telefon dan tempat tinggal yang sebenar saudara kita ini, penulis blog SKJ cuba rahsiakan untuk bacaan umum. 

No comments:

Post a Comment