Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setuju jika kempen
pilihan raya di negara ini tidak membabitkan pemasangan bendera parti seperti
yang dilaksana di Thailand.
Katanya penggunaan bendera hanya menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pemandangan.

"Saya setuju dengan cara berkempen di Thailand yang tidak
membenarkan mana-mana parti politik untuk menggantung bendera ketika kempen
pilihan raya berlangsung.
"Kalau kita boleh berpakat tak payah pakai bendera sebab kadang-kadang serabut tengok bendera kotorlah, koyaklah...tak cantik," katanya kepada pemberita di Kota Baharu malam tadi.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, diminta mengulas mengenai cara berkempen di Thailand yang tidak membenarkan pemasangan bendera parti.
Majlis turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta wakil jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

No comments:
Post a Comment