ORANG ramai melihat
lori yang dipandu oleh Mohd. Hamzah (gambar kecil) merempuh pokok rhu
manakala di sebelahnya ialah lori yang melanggarnya dari belakang dalam
kemalangan di Marang, Terengganu semalam.
|
MARANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia
tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi
warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer
33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini
semalam.
Dalam kejadian pada
pukul 10.45, pagi itu, Farah Syazira Mohd. Norham Shamsuddin sedang dipangku
oleh neneknya, Normah Abdul Razak, 49, ketika menunggu kepulangan Mohd. Hamzah
Ismail (gambar kecil), 51, daripada mengambil bekalan buah tembikai
untuk dijual di gerainya di situ.
Namun sebaik sahaja Farah Syazira ternampak
lori yang dipandu datuknya itu yang lebih mesra dipanggil 'ayah', kenderaan itu
terus dirempuh sebuah lori lain dari belakang.
Akibatnya, lori itu terbabas dan melanggar
sebatang pokok rhu di hadapan isteri dan cucunya.
"Cucu saya (Farah Syazira) beritahu,
datuknya dah nak sampai bila nampak lori suami saya memberi isyarat untuk masuk
ke tepi jalan.
"Tiba-tiba kami yang duduk di sebuah
pangkin tidak jauh dari situ nampak sebuah lori lain dalam keadaan laju telah
melanggar belakang lori suami saya," kata Normah ketika ditemui di tempat
kejadian semalam.
Katanya, muka Farah Syazira menjadi
kebiru-biruan manakala anak perempuannya yang berusia 24 tahun pula hampir
pengsan melihat Mohd. Hamzah yang berlumuran darah tersepit di tempat duduk
pemandu.
No comments:
Post a Comment