BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, October 29, 2011

TERENGGANU LAWAN NEGERI SEMBILAN 29hb. OKTOBER 2011

 DIBELASAH KERANA MEMBAKAR BENDERA TERENGGANU

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu dikawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.
 Kemunculannya bersama rombongan menjadi kejutan

KUALA TERENGGANU - Kemunculan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut di stadium Shah Alam diberi sambutan hangat oleh rakyat Terengganu.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu kini bersama puluhan ribu rakyat Terengganu memberikan sokongan kepada pasukan 'Peteh'.

Haji Wahid bersama rombongannya. Timbalan Pesuruhjaya PAS II Haji Muhyiddin Rashid dan Penolong Setiausaha Hj Hanafiah Mat memasuki stadium Shah Alam kira-kira jam 7.15 petang.

Menurut Haji Hanafiah, anak-anak muda berebut-rebut untuk bersalaman dengan pimpinan nombor satu PAS Trengganu itu.

"PJ (Haji Wahid) dan rombongan diberi sambutan hangat pemuda berebut-rebut untuk bersalam, mulai jam 715 petang masuk ke dalam stadium,

"bendera negeri Terengganu dan bendera PAS berkibar (dimerata tempat), tepukan sorak riuh dengan berebut nak bersalam,"ujar Haji Hanafiah yang dihantar kepada Buletinonline melalui sistem pesanan ringkas.

Menurutnya, orang ramai terkejut dengan kehadiran Haji Wahid yang mengambil keputusan untuk bersama anak-anak muda ke stadium Shah Alam. 
Daripada kiri Ustaz Abdul Khalil, Tuan Haji Hanafiah Mat dan paling depan YB Tuan Haji Wahid Endut.

No comments:

Post a Comment