26hb. Okt. 2011 Rabu jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari program gotong royong di Surau Batu 2, kampung Jaya berjalan lancar walaupun keadaan hujan. Gotong royong terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu dalaman diketuai oleh TSU Encik Rahim dan luaran diketuai oleh SU Encik Azmi Ali. Kelengkapan peralatan dibawa sendiri.
Kehadiran AJK dan Ahli Jemaah Surau yang prihati menambahkan lagi semangat persaudaraan sesama kita. Alhamdulillah.
Terima kasih Kak Ton kerana menyediakan Nasi Minyak gulai ayam kepada peserta gotong royong pada pagi ini.
Makan tengahari di kedai Bendahari setelah selesai program gotong royong. Menu ikan patin singgang pedas tempoyak, daging masak kicap, ikan kerapu goreng berlada, ayam masak merah, telur dadar, sayur hailam dan air sirap.
No comments:
Post a Comment