BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, October 10, 2011

KELAB PENYOKONG PAS






IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling
ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam isu hudud.

No comments:

Post a Comment