BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, October 16, 2011

GAMBAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI PANTAI PANDAK

MAJLIS IHTIFAL

PASTI DAN KAFA
CAWANGAN KAMPUNG JAYA
CHUKAI KEMAMAN
TERENGGANU

TARIKH
12 NOVEMBER 2011 SABTU

MASA
8 PAGI HINGGA 11 PAGI

TEMPAT
PERKARANGAN SURAU BATU 2
KAMPUNG JAYA

PERASMIAN
USTAZ HISHAMUDDIN ABD KARIM
PENGERUSI PASTI KEMAMAN

SEJARAH
PASTI dan KAFA AL-FALAH Surau batu 2, Kampung Jaya ditubuhkan pada Jan. 2009. Manakala KAFA AFNAN pula lebih awal iaitu pada Jan. 2006. Pengasas kepada ketiga-tiga pendidikan ini ialah saudara Encik Affendy Kamal seorang jurutera yang kini bertugas di Negara Oman. Hasil kerjasama dan komitmen semua AJK, ia semakin berkembang dan mendapat sambutan masyarakat setempat. Alhamdulillah.

VISI
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan berasaskan Islam sebagai satu cara hidup.

MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelanjaran, pengurusan serta kuantiti. Menjadikan PASTI dan KAFA pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan.

OBJEKTIF
Menyediakan proses pendidikan awal ke arah melahirkan anak soleh, bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis. Membimbing kanak-kanak melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir. Memberi pengetahuan asas seperti bahasa, matematik dan komunikasi ke arah membaca, mengira, menulis dan menghafal.

ATURCARA MAJLIS
8 pagi hingga 11 pagi

MAKLUMAT KEMASUKAN
SILA HUBUNGI
CIKGU ZURA : 017-9738574
CIKGU JIE : 019-9273587

MAKLUMAT PENGURUSAN
SILA HUBUNGI
CIKGU MIE : 013-9223024
ENCIK RAHIM : 019-9150814

HADIAH
SUMBANGAN DARIPADA ANDA SEMUA

MAKANAN
SUMBANGAN DARIPADA ANDA SEMUA

SUMBANGAN
Dengan ini sebarangan sumbangan kewangan dan material amat diperlukan daripada anda semua. Kepada yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan Cikgu Mie. Tanpa sumbangan anda, kerumitan akan kami alami untuk menjayakan majlis Ihtifal pada kali ini. Marilah bersama-sama kami untuk meringankan gerakerja dakwah di muka bumi Allah ini. 


HKR bukannya Hospital Kota Raja. PGU pun bukannya Peninsular Gas Utilisation. Tetapi ianya merupakan suatu femonema gelombang kebangkitan rakyat Terengganu untuk menyahkan United Malay Nasional Organisation dari persada tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu. Ianya timbul dari kemuncak rasa bosan dan menyampah dengan United Malay Nasional Organisation dan telah disepakati untuk diterjemahkan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) - Pas Ganti UMNO (PGU) adalah mesej jelas masyarakat terbanyak di Terengganu untuk membuat perubahan politik dengan menggantikan UMNO dengan PAS sepertimana mereka lakukan pada November 1999 lepas.
Rakyat Terengganu telah bersepakat untuk tidak ketinggalan menyertai rakyat di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor untuk menghumbankan United Malay Nasional Organisation ke dalam gaung dan memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Pusat Pentadbitan Kerajaan Persekutuan di Purtajaya dan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Ikutilah cerita bergambar sebahagian luahan hati rakyat Terengganu yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO dan gambar ini menceritakan seribu macam kesungguhan dan kekuatan rakyat untuk mencari kehidupan yang lebih selesa bukannya dibelenggu dengan kesempitan hidup ibarat kais pagi makan petang dan kais petang makan malam.









Macam kenal je....















YAB Dato' Bentara Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sedang memberi tazkirah sebelum melakukan perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO di Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu pada pagi Sabtu,
 

Dr Bala Chandran, Pengerusi DHPP Terengganu dan wakil Palestin bersama kepimpinan PAS Terengganu yang turut hadir memberi sokongan kepada PAS Ganti UMNO.





















No comments:

Post a Comment