2 Jun 2009, tarikh keramat yang akan terus tersemat di sanubari rakyat Terengganu.
Sebahagian struktur stadium yang mereka banggakan runtuh menyembah bumi.
Sekarang mari kita imbau kembali perihal stadium ini.....
Kenapa tiba-tiba timbul idea untuk menulis tentang stadium ini? Jawapannya mudah..
kerana 29 Oktober 2011 Terengganu bakal berdepan dengan Negeri Sembilan
dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Sebagai rakyat Terengganu sudah tentu terasa 'sakit hati' bila melihat pasukan yang
sedang bermati-matian melawan Selangor ketika di peringkat separuh akhir ke dua hanya
mampu ditonton oleh 'segelintir' peminat secara langsung di Stadium Sultan Ismail.
Siapa tidak 'frust' bila berjuta-juta wang pembayar cukai lebur dipersia-siakan begitu
sahaja kerana kecuaian, pecah amanah serta sikap tidak bertanggungjawab 'segelintir
makhluk' yang hanya pentingkan perut masing-masing. Yang jadi mangsa adalah
rakyat teramai yang sentiasa dinafikan hak untuk menikmati yang 'terbaik' dari
cukai yang dikutip daripada segenap penjuru daripada makan hinggalah melepaskan hajat.
Sudahlah stadium yang begitu penting ini tidak siap-siap (entah
berapa juta pula yang akan hangus setelah beberapa juta RM 'lunyai' untuk membuang
sisa-sisa 'pepejal' akibat keruntuhannya dahulu) tiba-tiba terdengar pula
ada orang sanggup menghabiskan berpuluh juta RM hanya untuk
'sebentuk cincin' dan beg-beg mewah (tidak pula terdengar penafian setakat hari ini).
Makin terbakar pula hati ini....
Makin terbakar pula hati ini....
Isu terbaru... FAM mengenakan tiket berharga RM50.00 sekeping... dan
kerajaan negeri sanggup membayar separuh kos tersebut. Hangus lagi duit
pembayar cukai.... walhal tidak ada sesiapapun yang menyuruh kerajan negeri
menanggungnya sebaliknya yang rakyat pinta ialah supaya FAM menurunkan
harga tiket... itu sahaja, mudah sifirnya....
menanggungnya sebaliknya yang rakyat pinta ialah supaya FAM menurunkan
harga tiket... itu sahaja, mudah sifirnya....
Semasa perlawan separuh akhir antara Terengganu dan Selangor, T-Team sedang
berentap dengan Negeri Sembilan di Stadium Paroi. Sempat juga menonton sekejap
melalui siaran langsung di TV. Bila melihat Stadium Paroi yang begitu besar
tersergam tup! fikiran berubah channel kepada Stadium Sultan Mizan
yang runtuh di negeri sendiri. Sekarang stadium ini orang sudah tidak memanggilnya
Stadium Sultan Mizan lagi sebaliknya lebih masyur dengan panggilan 'Stadium Runtuh'.
Panggilan ini nampaknya lebih mudah dan senang disebut oleh pelancong
dari luar Terengganu. Setiap kali mendengarnya.. aiii terasa juga 'panas cuping telinga'..
dari luar Terengganu. Setiap kali mendengarnya.. aiii terasa juga 'panas cuping telinga'..
Sebenarnya 'runtuh' itu membawa banyak pengertian yang tersirat bagi negeri
Terengganu ini. Antaranya ialah 'runtuh akhlak'... kadang-kadang naik hairan melihat
gadis-gadis remaja masih ke hulu-ke hilir menunggang motosikal, membonceng bersama
pakwe malam-malam buta. 'Runtuh akhlak' yang kedua ialah bilamana pada
setiap malam minggu dan hari minggu hampir 'ribuan' mat rempit memenuhi jalanraya
menunjukkan kehebatan mereka (sebenarnya.. mereka sedang mengumpul dosa kering
kerana mengganggu ketenteraman awam) dan 'runtuh' yang ketiganya
ialah kes-kes jenayah yang bertambah saban hari.
Apa komen MB tentang hal ini
Beliau hanya mampu 'ketawa sahaja' nampaknya bilamana jutaan RM leburrrr..
No comments:
Post a Comment