Dirakam pada mac 2011. Pantai yang cantik dan airnya yang jernih lagi cetek amat sesuai untuk mandi manda dan riadah berkeluarga. Tapi perlu diingat juga hanya bulan-bulan tertentu sahaja. Ini kerana pantai ini juga terdedah kepada peredaran musim. walaubagaimana pun pantai di kampungku tetap cantik dan menawan hati kepada sesiapa yang datang. Dan pada ketika bulan ini adalah musim udang baring (udang yang diproses untuk belacan dan cencalok) ikan pelata, ikan cecaru bermain di tepian. Masa inilah kehadiran penduduk kampung keluar untuk sama-sama beriadah bersama keluarga.
Bangsal Bot feberglass nelayan pantai yang dibina dengan daun kelapa kering dan batang buluh. Musim ini juga nelayan pantai akan keluar mencandat sotong. Ada yang keluar pada subuh hari dan pulang selepas zohor. Dan ada juga yang pergi selepas solat asar dan pulang subuh harinya.
Jambatan yang dibina secara gotong royong oleh nelayang pantai dan di bantu segelintir penduduk kampung dengan modal sendiri. Jarak panjang jambatan ini lebih kurang 100 meter dan lebarnya 5 kaki. Kedalaman sungai ini sekitar 8 kaki sahaja. Tetapi airnya yang menyeramkan bagi pengunjung yang pertama kali datang. Tetapi bagi pemancing inilah lubuk ikan siakap merah, siakap putih, kerapu, gelama, tanda, gerong, udang galah, ketam, tuman dan macam-macam lagi hasil yang pernah diperolehi.
No comments:
Post a Comment