BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, January 4, 2012

PERMULAAN PERSEKOLAHAN BAGI PASTI AL FALAH KAMPUNG JAYA

3 Jan 2012 Selasa persekolahan bermula. Alhamdulillah tiada seorang pun pelajar yang menangis. Bagi pelajar yang berumur 6 tahun, lelaki 15 orang dan perempuan 11 orang. Bagi pelajar yang berumur 5 tahun, lelaki 18 orang dan perempuan16 orang. Bagi pelajar yang berumur 4 tahun, lelaki 10 orang dan perempuan 10 orang. Jumlah keseluruhannya 80 orang.



TSU Encik Abdul Rahim Embong selaku pengerusi majlis pada hari permulaan persekolahan bagi Pasti Al Falah di Surau Batu 2, Kampung Jaya.

Ustaz Zul daripada Surau An Nur Kampung Jaya diminta memulakan majlis dengan bacaan doa. Amin.




Ucapan Tuan Haji Tahir Bendahari Surau Batu 2, kampung Jaya dan juga Pasti Al Falah mewakili Pengerusi Pasti yang tidak dapat hadir. 

 Cikgu Maizura selaku Guru Besar Pasti dan Kafa Al Falah memberi ucapan alu-aluan dan memperkatakan agenda Pasti dan Kafa Al Falah sepanjang tahun 2012. Apa yang menarik disini ialah bilik kelas yang berhawa dingin dan ada pelajaran komputer bagi pelajar 6 tahun.



Selesai taklimat ringkas sempena pembukaan sekolah pada tahun 2012, majlis mempersilakan semua yang hadir menjamu makanan yang disediakan oleh pihak AJK. Pada hari pertama persekolahan jam 10 pagi sahaja, maka tamatlah waktu persekolahan. Inilah satu cara pendekatan untuk pelajar datang esok.




Ini adalah sebahagian pelajar yang terus menetap di Pasti Al Falah sehingga jam 5 petang. Seramai 30 orang pelajar yang terlibat. Pelajar ini akan masuk kelas kafa Al Falah jam 2.30 petang dan akan tamat jam 5 petang. Semasa pelajar ini berada di Pasti Al Falah, pelajar akan diberi tunjuk ajar tambahan dan diberi makan tengahari.


Ini adalah sebahagian pelajar yang mengikuti kelas kafa Al Falah pada hari pertama.

Seramai 80 orang pelajar Kafa Al Falah didaftarkan.

No comments:

Post a Comment