BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, January 31, 2012

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS KEMAMAN

Oleh : Ustaz Nik Nasri
PAS kawasan Kemaman telah melampaui 50 tahun dalam sejarah kewujudannya di sini.Sambutan Jubli Emas bermula pada 1 Jan 2010 dengan Seminar Memperkasa Parti disampaikan oleh Naib Presiden PAS YB Salahudin Ayub petang Jumaat, diikuti ceramah umum pada malamnya. Minggu berikutnya, Urusan Ulama PAS Kemaman memulakan ijtimak bulanannya kali pertama dalam meraikan dan mengisi sambutan ini. Hampir semua program dan gerakerja tahun ini diprogramkan bagi mengisi sambutan Jubli Emas ini dan ke arah PRU13 bagi menawan kembali Terengganu, insyaAllah. Sejarah PAS Kemaman boleh diikuti di bawah..
PAS Kawasan Kemaman (dahulunya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Tanah Melayu Cawangan Kemaman) bermula sejak tahun 1955 apabila penubuhan cawangan pertamanya di Dungun dan yang kedua adalah dipercayai Cawangan Kemaman, pada tahun 1956 ketika itu di bawah pimpinan seorang Al Mala’ Tuan Syed Noh Alwee dan lain-lain seperti Cikgu Che Yaakob, Ayah Ngah Che Isa, Haji Masnor, Che Mat Lela, Syed Zubir dan Che Mat Nor Hajjah Wook.

PAS Cawangan (Kawasan) Kemaman pada awal penubuhannya dalam keadaan yang amat lemah dan serba kekurangan di atas sebab-sebab berikut :-
-Ketiadaaan atau kekurangan peminpin yang berwibawa untuk menyertai perjuangan PAS.
-Ketiadaan sumber kewangan dan kemudahan asas untuk bergerak menyampaikan mesej perjuangan.
-Tidak mendapat sambutan rakyat untuk menjadi ahli atau menyertai perjuangan PAS kerana kurang kefahaman mengenai perjuangan Islam.

-Kurang tenaga kepimpinan yang mampu menyampaikan mesej perjuangan parti kepada masyarakat.
Banyak saingan terutamanya selepas era kemerdekaan di mana banyak tertubuhnya parti-parti politik Melayu seperti UMNO, Parti Rakyat Malaya, Parti Negara. Parti-parti ini dipimpin oleh golongan elit yang cukup terkenal di Kemaman seperti nama-nama Haji Wan Yahya, Cikgu Taha, Wan Ismail (ayah Dato’ Wan Adnan), Haji Awang Mat Kiah, Encik Ismail Aceh dan ramai lagi.

Sementara Parti Rakyat Malaya ketika itu juga popular di bawah pimpinan Pak Su Kar, Encik Latif S.O, Haji Ali Banggol dan Encik Muda Janggut. Manakala Parti Negara ketika itu di bawah pimpinan Haji Abdullah Yusof, Syed Agil, Che Mat Mak Som, Che Affandi dan lain-lainnya. Kesemua tokoh-tokoh di atas secara umumnya dilihat lebih berwibawa daripada pimpinan PAS Kawasan ketika itu.

Pilihan Raya Perbandaran

Dengan berbekalkan semangat dan cita-cita mendaulatkan Islam yang begitu tinggi, pemimpin PAS Kemaman telah mengambil inisiatif untuk satu sesi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat. PAS kawasan Kemaman telah menyertai pilihanraya pertama Perbandaran (Pilihanraya Perbandaran) dalam tahun 1962. Antara calon-calon PAS yang bertanding ketika itu ialah :
1. Ayah Ngah Che ‘Isa (kg Tengah)
2. Haji Awang Dagang (Banggol)
3. Che Mat Nor Hajjah Wook (Kubang Kurus)
4. Cikgu Che Yaakob (Gong Pauh)

Perkembangan dan bermula bantuan dari Pusat

Walaupun PAS menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya tersebut, tetapi usaha penyusunan semula dan perancangan telah dibuat. Pimpinan PAS Pusat telah dijemput menyampaikan ceramah, kursus, wacana, diskusi dan sebagainya.
Antara pimpinan Pusat yang telah dijemput antaranya : Ustaz Othman Abdullah, Haji Ahmad Prai, Profesor Zulkifli Muhammad, Profesor Burhanuddin Hilmi, Hassan Adli, Abu Bakar Hamzah, Abdullah Zawawi, Yunus Yatimi, Dato’ Asri Muda. Jais Anuar, Yazid Jaafar, Khatijah Sidek (muslimat)
dengan dibantu oleh pimpinan negeri antaranya : Daud Abdul Samad, Da Jalil, Omar Syukri, Ustaz Ahmad Azam, Taib Sabri dan Abdul Wahab Yunus.
Bermula dari titik tolak ini PAS Kemaman mula mengorak langkah dengan menubuhkan ranting-ranting (cawangan).

Penubuhan Cawangan dan Penyertaan dalam Pilihanraya Umum

Hasil dari usaha gigih dan tidak mengenal jemu di kalangan pemimpin PAS ketika itu, PAS Kawasan Kemaman telah berjaya menubuhkan ranting (Cawangan) di pelbagai tempat dan kampung. Antaranya : PAS Cawangan Kampung Banggul, PAS Cawangan Pasir Gajah, PAS Cawangan Binjai, PAS Cawangan Mak Chili, PAS Cawangan Kijal, PAS Cawangan Kemasik, PAS Cawangan Kerteh, PAS Cawangan Paka, PAS Cawangan Chukai, PAS Cawangan Ibok.

Bermula dari sini, PAS Kemaman telah menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1964 sehingga sekarang.
Sejarah pertama PAS memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri di Kawasan Kemaman ialah pada tahun 1969 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Bandi. Calon PAS ketika itu ialah Tuan Haji Wan Yahya bin Wan Mohammad setelah beliau keluar dari perjuangan UMNO dan menyertai perjuangan PAS pada tahun 1967.
Seterusnya pada Pilihanraya Umum ke 10 pada tahun 1999 di mana PAS Kawasan Kemaman telah memenangi 3 daripada 4 kerusi yang dipertandingkan. Kerusi-kerusi tersebut ialah :-
N.30 – KIJAL – Haji Mehamad bin Sulong


N.31 – CHUKAI – Ustaz Haji Awang Dagang Jusoh

N.32 – AIR PUTIH – Haji Ismail bin Harun

PAS Kawasan Kemaman mengalami kekalahan yang amat tipis bagi kerusi N.29 – KEMASEK – Ustaz Alias bin Abdul Hamid.

Pilihan Raya Perbandaran

Dengan berbekalkan semangat dan cita-cita mendaulatkan Islam yang begitu tinggi, pemimpin PAS Kemaman telah mengambil inisiatif untuk satu sesi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat. PAS kawasan Kemaman telah menyertai pilihanraya pertama Perbandaran (Pilihanraya Perbandaran) dalam tahun 1962. Antara calon-calon PAS yang bertanding ketika itu ialah :
1. Ayah Ngah Che ‘Isa (kg Tengah)
2. Haji Awang Dagang (Banggol)
3. Che Mat Nor Hajjah Wook (Kubang Kurus)
4. Cikgu Che Yaakob (Gong Pauh)

Perkembangan dan bermula bantuan dari Pusat

Walaupun PAS menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya tersebut, tetapi usaha penyusunan semula dan perancangan telah dibuat. Pimpinan PAS Pusat telah dijemput menyampaikan ceramah, kursus, wacana, diskusi dan sebagainya.
Antara pimpinan Pusat yang telah dijemput antaranya : Ustaz Othman Abdullah, Haji Ahmad Prai, Profesor Zulkifli Muhammad, Profesor Burhanuddin Hilmi, Hassan Adli, Abu Bakar Hamzah, Abdullah Zawawi, Yunus Yatimi, Dato’ Asri Muda. Jais Anuar, Yazid Jaafar, Khatijah Sidek (muslimat)
dengan dibantu oleh pimpinan negeri antaranya : Daud Abdul Samad, Da Jalil, Omar Syukri, Ustaz Ahmad Azam, Taib Sabri dan Abdul Wahab Yunus.
Bermula dari titik tolak ini PAS Kemaman mula mengorak langkah dengan menubuhkan ranting-ranting (cawangan).

Kebangkitan Perjuangan Pemuda/Muslimat

Bermula era tahun 60an, PAS Kawasan Kemaman telah mula terserlah hasil usaha gigih pimpinan ketika itu. Ketika itu PAS mula mendapat sambutan daripada golongan pemuda yang berani berjuang. Malah ada pimpinan pemuda yang begitu bersungguh-sungguh menggerakkan aktiviti dan agenda perjuangan dengan dibantu oleh sebilangan golongan muslimat. Antara tokoh-tokoh pemuda yang begitu aktif di peringkat awal ialah :
> Cikgu Abdullah Mohamad
> Cikgu Yusof Abdul Rahman
> Sdr Haji Hamid Yahya
> Sdr Haji Harun Endut (1970an)
> Sdr Nordin Muda (1981 – 1989)
> Sdr Zaihan Bin Daud (1989 – 1991)
> Sdr Haji Roslin Abd Rahman ((1991- 1993)
> Sdr Haji Othman Abdullah (1993 – 1999)
> Ustaz Long Kamarudin Long Hassan (1999 – 2003)
> Sdr Zahari Abd Ghani (2003 – 2005)
> Sdr Ustaz Alias Abd Hamid (2005 – 2007)
> Sdr Ustaz Hazri Jusoh (2007-2009)
> Sdr Ust Megat Suhaimi Megat Idrus (2009-sekarang)
(Sebahagian daripada pimpinan pemuda di atas, telah kembali ke Rahmatullah. Al Fatihah untuk mereka dan semua pejuang Islam yang telah mendahului kita)
Antara tokoh-tokoh Muslimat pula terdiri daripada :
  • Puan Wan Hawa (tahun 60an)
  • Puan Wan Habsah Wan Abdullah ( tahun 1967)
  • Puan Wan Noraini Wan Yahya (era 1970an)
  • Puan Hajjah Fatimah Mohamad
  • Puan Sharifah Aminah Seman (1985 – 1990)
  • Ustazah Fainah bte Mat (1990 – 1994)
  • Puan Hajjah Rohasni bte Hussein (1994 – sekarang)
Senario Transformasi Kepimpinan PAS

Transformasi kepimpinan PAS Kawasan bermula semenjak awal tahun 60an dengan penyertaan ramai pemimpin-pemimpin politik ke dalam perjuangan PAS.

Antara YDP PAS Kawasan:

Tuan Haji Syed Noh bin Alwee—(Awal Penubuhan)
Tuan Haji Yaakob bin Yusof—(Tahun 50an ke tahun 1960)
Tuan Haji Abdullah bin Yusoff-ayah tiri Cikgu Yusof Tahir (awal tahun 1960an. Bekas pemimpin
Parti Negara)
Haji Isa
Abdullah bin Embong (Mak Wan Selamah-sekitar tahun 1967)
Haji Wan Yahya bin Haji Wan Mohamad (sekitar tahun 1971 –1974)
Haji Awang Dagang Yusof ( 1975—1989)
Haji Yusof Tahir ( sekitar 1990—1992)
Haji Awang Dagang Yusof (Tahun 1993—2006)
Haji Ismail bin Harun (2007-sekarang)

Setiausaha– Setiausaha

Tuan Syed Zubir bin Tuan Endut (50an)-Cendor. Antara ucapannya:
‘Assalamualaikum. Saya tak ada apa nak cakap. Waalaikumussalam.”
Che Mat Lela-meninggal di Dungun
Che Mohd Mat Som—(sekitar tahun 1965—bekas pemimpin Parti Negara)
Othman Awang (tahun 60an)-masuk UMNO
Shafie Abd Samad Gol (tahun 60an)-masuk UMNO
Che Afandi bin Doren (tahun 60an)
Sulaiman bin Yaakob (tahun 70an)
Hashim bin Abdullah (tahun 70an)
Ibrahim bin Kamal (tahun 1972-90)
Haji Harun bin Endut (tahun 1990-92)-SU Pemuda
Ibrahim Kamal (tahun 1993-97)
Haji Yusof Tahir (akhir tahun 80an)
Salim bin Abu Bakar (tahun 90an)
Ibrahim bin Kamal (1997-98)
Haji Roslin Abdul Rahman (tahun 98-2000)
Haji Hanafiah Ramli ( 2000-2004)
Haji Ahmad Salehudin (Apr 2007-sekarang)

Bekas calon:

-Hj Muhamad Nuh (tahun 1950an)
-Tengku Hj Majid-DUN Kemaman Utara (tahun 1965)
-Syed Nuh-Parlimen Kemaman (tahun 1960an)
-Hj Abdul Ghani bin Abu Bakar-DUN Kemaman Utara (tahun 1964)
-Wan Yahya-DUN Bukit Bandi (awal tahun 1970an)
-Shafie Samad Gol- DUN Cukai (tahun 1974)
-Ust Awang Dagang-DUN Kemaman Utara, DUN Kijal, DUN Cukai
-Ust Yusof Tahir-DUN Kemasik
-Abdullah bin Muhamad (Pak Lah Paka)
-Wan Musa bin Wan Omar-Parlimen Kemaman (tahun 70an)
-Harun Jusoh-Parlimen Kemaman
-Harun Endut- DUN Bukit Bandi-1980an (sekarang Air Putih)
-Syed Ismail bin Syed Jaafar- DUN Bukit Bandi (Air Putih)
-Syed Agil bin Syed Mohsin-DUN Cukai-tak bertanding kerana SPR tolak kertas pencalonan (1982)
-Hj Hamid Yahya-DUN Cukai, DUN Air Putih (1980an)
-Subki bin Abdul Latif-Parlimen Kemaman
-Haji Zaid Mat Sah-DUN Kemasik (awal 90an)
-Ibrahim Kamal-(DUN Kijal 1995)
-Alias Hamid-DUN Kemasik (1999)
-Mohamad Sulong-DUN Kijal (1999)
-Ismail Harun-DUN Air Putih ( 1999)
-Dr Alias-DUN Cukai (2004)
-Hanafiah Ramli-DUN Cukai (2008)
-Mahadi Nawi-DUN Kemasik (2008)

Aktivis yang meninggal:

Ust Wan Hamzah bin Abu Bakar-AJK Kawasan (antara panglima PAS)
-Cikgu Abdullah bin Muhamad-NYDP, Ketua Pemuda Kawasan
-Cikgu Yusof – Pemuda
-Shafie bin Muda (ayah chik Taman Islam)
-Yusof bin Mat Zain (tok bilal Soh Kijal)
-Hj Mat Husain bin Mat Nor-meninggal ketika masih bendahari urusan Ulama PAS Kemaman
-Nordin Muda-Ketua Pemuda
-Hj Ibrahim (pelayan Qadhi)-aktif tahun 1970an
-Hj Ramli Embong
-Hj Muda bin Abdul Kadir-pengasas surau Hj Muda, Geliga-Bendahari PAS kawasan
-Arifin Taib
-Hj Hamid Yahya
-Halim Abd Rahman (meninggal sekitar tahun 1983)
-Maryam (SU Dewan Muslimat)
-Pak su Ali

Aktivis veteran:

-Hj Umar Idris
-Syed Abu Bakar bin Tuan Taib
-Wan Noraini-Ketua Muslimat, AJK Kawasan
-Hj Awang Endut-AJK Kawasan
-Hj Nara-AJK Kawasan
-Hj Nordin-AJK Kawasan
-Hj Mahalel-pernah jadi SU PAS Kijal
-Hj Ibrahim
-Mokhtar Husin-Penolong SU
-Ayah Ngah Neram
-Hj Hamid Ismail-AJK
-Hj Razak-AJK Kawasan dan ramai lagi

Melompat parti:

-Hj Yaakob (terpengaruh dengan Wan Mokhtar)
-Shafie Samad Gol (disebabkan krisis kepimpinan Wan Yahya)
-Othman Awang (disebabkan krisis kepimpinan Wan Yahya)

Perubahan Ke Arah Kejayaan

Walaupun pimpinan PAS Kawasan Kemaman silih berganti semenjak 1955, tetapi PAS Kawasan Kemaman masih tidak mempunyai pejabat yang tetap. Alamat PAS Kawasan Kemaman sentiasa berubah mengikut alamat Yang Di Pertua ataupun Setiausahanya sehinggalah tahun 1988.


Ia bermula dengan pejabat berasingan iaitu di alamat rumah murah Kampung Besut, rumah Almarhum Encik Mat Sah (bapa kepada Tuan Haji Zahid). Ini dikuti dengan alamat di rumah bernombor 1705, Jalan Injin Gergaji, Chukai (rumah Ustaz Haji Awang Dagang) yang kemudiannya dijual kepada PAS untuk dijadikan sebagai Pejabat sehingga tahun 1999.

Bermula era tahun 1999 PAS Kawasan Kemaman berjaya membeli sebuah bangunan sendiri di Jalan Penghiburan berhampiran pusat bandar Chukai. Bangunan 3 tingkat 2 blok yang berharga RM 1 juta terletak di kawasan yang strategik berhampiran simpang lampu isyarat utama bandar Chukai. Bangunan ini menjadi mercu kejayaan PAS Kemaman setelah memenangi 3 daripada 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kemaman dalam Pilihanraya Umum 1999 (kecuali DUN Kemasik).
Pengharapan dan Kesimpulan
Pahit maung PAS Kemaman selama hampir 50 tahun dalam mengharungi liku dan tribulasi perjuangannya menjadi satu catatan sejarah kepada generasi yang cintakan perjuangan ini. Di mana dalam apa jua keadaan kesukaran PAS tetap unggul mempertahankan dasar dan cita-citanya memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT.
Ini menjadi satu contoh kepada generasi pelapis menghayati dan menyambung perjuangan yang telah diwarisi tali temali dengan penuh sabar, dan ikhlas oleh generasi para pejuang yang dahulu dan sebahagian besarnya telah meninggalkan kita semua. Sebagai satu harapan fikirkanlah bagaimanakah para pemimpin, pendokong dan penyokong perjuangan PAS untuk sama memartabatkan Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera, Membangun Bersama Islam, Islam For All dan Islam Adil Untuk Semua


Kemaman pada awal penubuhannya dalam keadaan yang amat lemah dan serba kekurangan di atas sebab-sebab berikut :-
-Ketiadaaan atau kekurangan peminpin yang berwibawa untuk menyertai perjuangan PAS.
-Ketiadaan sumber kewangan dan kemudahan asas untuk bergerak menyampaikan mesej perjuangan.
-Tidak mendapat sambutan rakyat untuk menjadi ahli atau menyertai perjuangan PAS kerana kurang kefahaman mengenai perjuangan Islam.
-Kurang tenaga kepimpinan yang mampu menyampaikan mesej perjuangan parti kepada masyarakat.
Banyak saingan terutamanya selepas era kemerdekaan di mana banyak tertubuhnya parti-parti politik Melayu seperti UMNO, Parti Rakyat Malaya, Parti Negara. Parti-parti ini dipimpin oleh golongan elit yang cukup terkenal di Kemaman seperti nama-nama Haji Wan Yahya, Cikgu Taha, Wan Ismail (ayah Dato’ Wan Adnan), Haji Awang Mat Kiah, Encik Ismail Aceh dan ramai lagi.
Sementara Parti Rakyat Malaya ketika itu juga popular di bawah pimpinan Pak Su Kar, Encik Latif S.O, Haji Ali Banggol dan Encik Muda Janggut. Manakala Parti Negara ketika itu di bawah pimpinan Haji Abdullah Yusof, Syed Agil, Che Mat Mak Som, Che Affandi dan lain-lainnya. Kesemua tokoh-tokoh di atas secara umumnya dilihat lebih berwibawa daripada pimpinan PAS Kawasan ketika itu.

(Gambar: AJK PAS Kawasan Kemaman 2007-2009)

Tambahan:

Biodata Mantan YDP PAS Kawasan Kemaman Paling Lama (1974-89, 1993-2006)

Nama Penuh: Awang Dagang bin Yusof
Tarikh Lahir: 14 Feb 1934
Nama isteri: Khatijah bt Awang Saman dan Hjh Hasmah bt Arifin
Anak-anak: 1952-Azizah, 1953-Maznah (meninggal dunia 2009), 1955-Nordin, 1957-Hasnah,
1958-Mahyudin, 1960-Fatimah, 1961- Zubaidah, 1965- Jazlan, 1966-Nasriah, Muhamad Furqan,
Abdul Hadi, Siti Arma.
Persekolahan:
1945-48 Sekolah Melayu Kerteh
1948-49 Sekolah Pondok Bachok
1949-50 MadrasatulFalah (sekarang Sekolah Agama Al-Falah)
1952-60 Mengaji kitab dengan almarhum Hj Wan Harun bin Husain (datok kepada Ust Nik Nasri)
1959-60 Mengajikitab dengan TG Hj Hasbulah (anak murid Tok Kenali) Pondok Kg Buk, Ketereh, Jalan Kuala Krai, Kelantan.
Pengalaman Parti:
Mengikuti perkembangan parti mulai tahun 1954 dan menjadi ahli rasmi PAS pada tahun 1959
Menjadi JK Cawangan (sekarang Kawasan) sebagai JK Pemuda pada tahun 1960
1966- Timbalan YDP PAS Cawangan Kijal (sekarang Kawasan Kemaman) merangkap ketua PAS Ranting Ibok (sekarang cawangan)
1974-YDP PAS Kawasan Kemaman. Dalamasa yang sama menjadi guru agama Polis Daerah Kemaman, pegawai Seranta Tabung Haji. Dilantik menjadi guru agama dalam kapal haji dan di Mekah.
1975-Menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
1999-Menang PRU 11 DUN Cukai mengalahkan Dato Amar DiRaja Wan Mokhtar yang lama menjadi MB Terengganu. Disebut ketika itu ‘Giant Killer’. Dilantik menjadi EXCO Kerajaan Negeri dan memegang Pengerusi portfolio JK Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum. Pernah memegang jawatan AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan AJK Dewan Ulama.
Aktiviti sepanjang hidup ialah mengajar agama mulai 1956 dan penceramah politik PAS mulai 1966
Pengalaman kerja peribadi: Pernah dilantik sebagai Master Capital of National Museum (Kepala Tukang Bahagian Seni Muzium Nasional (sekarang Muzium Negara) di bawah Pengarah Muzium Hj Abdul Mubin Shepard selama 2 tahun iaitu tahun 1959-61.
Pesanan dari Mantan YDP Sempena Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman 7-9 Okt 2010:
“Kita mengharapkan sahabat-sahabat dalam perjuangan terus Istiqamah, yakin dengan perjuangan ini, tolonglah agama Allah, Allah akan tolong kita.”
Wawancara Ustaz Nik Nasri, Ketua Unit Pameran & Arkeb Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman 2010 dengan TG Ust Awang Dagang 7.30 pagi 7 Okt 2010.





No comments:

Post a Comment