Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)
EPISOD 11
Keesokannya, waktu Man mula-mula buka gerai burgernya dalam jam 5.30, Man dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang lelaki yang tidak dikenali. Jumlah mereka di antara 7-8 orang. Waktu itu, Aboi, pembantu Man belum datang, biasa datang dalam pukul 6. Mulanya Man ingatkan mereka nak beli burger atau nak bertanya sesuatu.
"Nak beli burger ke bang. Maaf burger belum siap, tengah berkemas ni". Kata Man.
Lelaki itu tak jawab malah memandang tajam ke arah Man. Tiba-tiba tangan Man ditarik dan diheret ke tepi tangga. Gerai Man di sebelah kedai dua tingkat dan tangga itu di belakang gerai Man yang agak terlindung sikit. Bila 2-3 lelaki merentap tangan Man, Man tak berdaya melawan dan mengikut saja. Salah seorang lelaki itu kata,
"Hoi Man ! Engkau jangan kacau lagi Yanti. Kalau kau kacau lagi Yanti, pecah kepala kau aku kerjakan !". Kata lelaki yang jauh lebih besar dan sasa badan berbanding Man itu.
Man terkejut. Rupanya mereka nak ugut dan belasah Man. Memang Man tidak menyangka dan tidak bersedia menghadapi suasana seperti tu. Lagi pun Man bukan kaki gaduh dan Man bukan berkawan dengan kaki-kaki gaduh ni.

"Tolong saya bang. Tolong saya bang. Tolong lepaskan saya". Rayu Man yang dalam ketakutan. Tidak ada orang lain yang melihat kejadian itu.
"Apa tolong-tolong. Tak sedar diri, penjual burger tepi jalan, nak kacau anak dara orang kaya konon ! Kau sedarlah diri kau siapa, jangan nak rembat saja anak dara orang ! Sekarang pun aku boleh belasah kau sampai mati tau !" Kata lelaki tu sambil mencekak leher baju Man dengan kuat dan ditolak Man ke tepi dinding. Nafas Man tersekat dan suaranya terputus-putus.
"Tolong.... Tolong.....Tolong bang. Saya salah bang, saya minta maaf bang". Kata Man seolah-olah tidak mahu dirinya diapa-apakan.
"Minta maaf kau kata ! Benda ni takkan boleh maaf. Hari ni hari pembalasan untuk kau ! ". Kata seorang lagi lelaki lain.
Leher baju Man masih dicekak. Manakala seorang lagi lelaki memukul kepala Man dengan topi. Sakit juga Man rasa, tapi nasib baiklah topi kain, tak keras sangat. Kemudian Man dilepaskan dan Man merayu sekali lagi.
"Tolong saya bang. Tolong... Saya tak buat lagi ". Rayu Man.
Kemudian perut Man disepak. Man terasa sakit dan senak yang amat sangat. Kuat tendangannya itu dan Man tunduk kesakitan. Kemudian, seorang lagi menampar dan menumbuk muka Man dengan kuat. Man menutup muka. Bila Man tengok tangannya, ada darah. Rupanya bibir Man berdarah. Man meraung kesakitan dan tidak sedikit pun membalas. Man tidak ada daya, mana mampu nak lawan mereka yang ramai tu. Sebelum meninggalkan Man, lelaki tu kata.
"Ini amaran terakhir ! Lepas ni kalau kami tahu saja kau hubungi Yanti, mati kau kami kerjakan.". Kata salah seorang lelaki tu. Sebelum meninggalkan Man, masing-masing, setiap seorang tidak melepaskan peluang menyepak peha dan perut Man. Man sudah lemah dan hampir pengsan. Kesemua lelaki itu meninggalkan Man keseorangan di tepi tangga tu. Man rasa kejadian tu begitu pantas dan sekelip mata saja berlaku, kemudian leleki tu terus hilang.
Beberapa minit Man di situ menahan kesakitan dab berada di tepi tangga tu. Bibir Man sudah berhenti berdarah tapi masih sakit. Lebih kurang 30 minit kemudian, baru Man keluar dari situ. Dari tadi Man terlalu takut nak keluar, bimbang kalau lelaki tu menunggu Man di luar. Man keluar dari tepi tangga tu dalam keadaan terhencut-hencut. Dilihatnya di gerai burgernya, Aboi, pembantunya sedang mengemas barang untuk niaga. Dari tadi Aboi hairan, kenapa gerai Man ditinggalkan kosong. Kebiasaannya kalau Man keluar, taklah lama sebegitu. Aboi terkejut melihat keadaan Man.
"Bang Man.. Kenapa ni !". Tanya Aboi.
Man tak jawab. Sebaliknya Man menangis sambil duduk di tepi longkang. Semakin kuat tangisan Man kerana menahan kesakitan dan kesedihan yang ditanggung. Aboi lihat bibir Man ada kesan darah, muka Man bengkak dan keadaan nafas Man tak stabil.
"Abang, kenapa bang ? Abang kena pukul ker ?". Tanya Aboi.
Man tak jawab juga. Malah Man mengeleng-ngelengkan kepalanya.
"Tak apa. Tak apa Aboi, sikit saja". Kata Man seolah-olah mahu menyelindungkan sesuatu.
Aboi bantu merawat luka pada muka dan bibir Man dan mengesat darah dengan tisu burger. Hari itu gerai Man tak buka walaupun pada mulanya sudah rancang nak niaga. Aboi hantar Man sampai ke rumah menaiki van burger tu. Bila sampai rumah Man dalam jam 7.00 petang tu, ada satu lagi kejutan berlaku. Man lihat ada beberapa orang lelaki yang Man kenali sedang mengerumuni rumah Man. Mereka semua jiran-jiran Man. Man kehairanan yang amat sangat dan tidak terus turun dari van tetapi memandang dari jauh.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 12

No comments:
Post a Comment