Bercakap pasal monyet dan kera ini sesetengah orang akan ketawa dan sesetengah orang ingin tahu lebih lanjut apa cerita seterusnya. Sesetengah orang akan berkata kalau monyet dan kera ini lagi banyak lagi cantik untuk tarikan pelancong yang datang di tempat ini. Dan sesetengah orang pula macamana mahu halau dan tangkap monyet dan kera ini kerana menggangu keteraman awan. Sudah banyak monyet dan kera ini rosakan hartabenda orang awan.
Tarikah pelancong, memang sesuai dengan kerenahnya. Kekadang menghiburkan sehingga anak-anak terlalu asyik sehinggakan diajak pulang pun, terpaksa dipujuk rayu. Tetapi ada juga binatang ini yang bersikap pengotor, lucah dan ganas semasa pelancong memerhatikannya. Cuma kadar kebimbangan tentang perkara ini amat sedikit kerana keasyikan aksi binatang yang mencuit hati pelancong.
Binatang bersikap ganas, memang kebanyakan penghuni rumah dan taman akan merasai keperitan hidup apabila binatang ini ada disekeliling. Binatang yang bertindak ganas ini bukan sahaja pengotor dan liar tetapi akan bersikap lebih mengancam nyawa penduduk setempat. Inilah yang perlu kita cegah sebelum terkena.
Perangkap, memang perlu bagi menyelamat keadaan sekeliling. Membunuh adalah kurang tepat tindakan ini. Meracun sama juga membunuh. Membuat umpan belacan? Ada sesetengah orang berkata seperti “kera kena belacan” memang lucu. Tetapi apakah kesudahanya apabila kera kena belacan? Kita tembak, berapa ekor yang boleh? Kita lastik, apakah cara ini yang sesuai? Kita lontar mercun, perlukan wang ringgit yang banyak dan bahaya kepada kita pula.
Apabila binatang ini sudah masuk perangkap, adakah akan dilepaskan ditempat yang lain pula? Jawapannya Ya. Jika binatang ini masuk perangkap dan kita warnakan bulunya dengan bermacam-macam warna dan dilepaskan ke hutan semula, apa akan terjadi seterusnya? Mungkin kumpulannya akan bertempiaran lagi ketakutan kerana berbeza warna. Mungkin kumpulannya akan memulaukannya. Mungkin akan kepenatan sentiasa berlarian ketakutan kerana bulunya sudah bertukar warna, akhirnya mati.
Apa-apa pun perkara ini akan dirujuk ke pejabat penghilitan yang terdekat untuk tindakan seterusnya.
No comments:
Post a Comment