Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)
EPISOD 20
Yanti menghampiri ibu Man dengan keaadaan yang mencemaskan. Yanti kehairanan, kenapa ibu Man menangis bila melihat Yanti. Pada fikiran Yanti, Yanti bimbangkan keselamatan Man. Adakah Man selamat ? Atau Man sudah mening..... ? Yanti kuatkan semangat untuk melangkah ke arah ibu Man untuk mengetahui jawapannya. Ayah Man dan adik-adik Man memerhatikan saja Yanti tanpa berkata apa-apa.
"Makcik . Bagaimana keadaan Man ?". Tanya Yanti.
Tanpa menjawab soalan itu, ibu Man memeluk Yanti dan air matanya terus mengalir dengan derasnya dalam dakapan. Yanti terus kehairanan dan jantungnya terus berdebar kencang
"Bagaimana abang Man makcik ?". Yanti terus bertanya.
Ibu Man masih tidak dapat berkata-kata, kemudian ayah Man menenangkan keadaan.
"Sama-sama kita doakan keselamatan Man. Sudah beberapa jam kami menunggu di sini tapi masih belum ada jawapan dari doktor atau jururawat". Kata ayah Man.
Yanti sedikit lega dengan jawapan itu. Yanti melepaskan pelukan ibu Man tadi. Pada Yanti, dia bimbang kalau-kalau jawapan dari ayah Man tadi menyatakan abang Man dah mening... Tapi tidak, kesemuanya masih menunggu berita. Yanti faham, ibu Man menangis kerana bimbang. Biasalah seorang ibu tak dapat menahan kesedihan bila anak kesayangannya bertarung dalam bilik pembedahan seperti itu. Ditambah lagi, kalau dijanjikan tempoh masa pembedahan satu jam, pada ibu Man, sejam itu mestilah tepat juga. Tapi Yanti nampaknya dapat mengawal perasannya. Pada Yanti, kelewatan seperti itu tidak sepatutnya dirisaukan sangat.
Kemudian Yanti nampak seorang lelaki keluar dari bilik pembedahan itu, lagaknya seperti doktor dalam lingkungan 40-an. Yanti pergi ke arah lelaki tersebut dan berbual dalam bahasa Inggeris. Betullah itu salah seorang doktor yang bertugas pada malam itu. Diberitahu kepada Yanti, Man sudah selesai pembedahan tetapi masih dirawat di dalam bilik itu dan belum dibenarkan keluar lagi. Bila ditanya, bagaimana keadaan Man, doktor tersebut enggan ulas lanjut atas sebab-sebab tertentu.
Apabila Yanti kembali ke kerusi menunggu, ayah, ibu dan adik beradik Man menerpa ke arah Yanti untuk mengetahui perkembangan cerita baru yang Yanti perolehi. Bila dijelaskan, keluarga Man mulai lega dan serba sedikit hilang perasaan sedih.
"Doktor kata, Man masih perlu rawatan lanjut di dalam dan bila dah selesai, Man akan dibawa ke bilik semula. Harap kita semua bersabar". Kata Yanti.
Tak lama kemudian, dalam jam 1.30 pagi, Man dibawa ke bilik Man tadi. Keadaan kepalanya berbalut dan Man belum sedarkan diri. Pada alat yang Yanti fikir sebagai pengukur denyutan nadi, keadaan Man stabil, cuma belum sedar selepas pembedahan. Yanti kembali ke hotel manakala keluarga Man tidur menemani Man.
Esoknya jam 8.30 pagi, Yanti ke hospital lagi melawat Man. Waktu itu Man masih belum bangun tidur atau beum sedar. Menurut Syira, malam tadi dia nampak ada pergerakan pada mulut, kaki dan tangan Man.
Di pejabat Yanti di JB, Yanti tak hadir dan diberitahu oleh Noor, rakan serumahnya, Yanti mohon cuti. Bagaimanapun, sukar untuk ketua keraninya, Tasim untuk membenarkan Yanti bercuti.
"Hari ni dia cuti ? Kan hari ini hari terakhir dia bertugas di JB ni. Isnin dia kena melapor diri di Kuala Lumpur." Kata Tasim pada Noor.
"Saya tak tahulah Encik Tasim. Yanti cuma beritahu saya itu saja. Dia kata, hari ni dia cuti. Dia pun tak kata dia berada di mana. Malam tadi dia tak tidur kat rumah". Kata Noor.
"Masalahnya kalau bos tanya nanti saya nak jawab apa. Hari ni bos mesti tanya dan nak jumpa Yanti untuk serah tugas dan lain-lain lagi. Kalau Yanti tak ada, susahlah nanti." Kata Tasim.
"Saya cuma menyampaikan pesan Yanti saja. Kalau Encik Tasim nak tau cerita lanjut, telefonlah Yanti sendiri". Kata Noor.
Tasim serba salah juga untuk telefon Yanti. Bos ada di pejabat hari ni. Mungkin sebentar lagi bos tanya Tasim pasal Yanti. Tasim nak jawab apa ? kalau cuti mesti isi borang cuti dan mohon cuti dulu. Lagi pun hari terakhir di JB takkanlah bos boleh benarkan cuti. Macam-macam benda kena buat. Tasim kemudian panggil Azhar yang sebaya Yanti. Tasim dan Azhar keluar minum bersama pagi itu. Di kedai makan mereka berbual pasal Yanti.
"Azhar. Boleh ke kau telefon Yanti. Kalau boleh mintak dia naik pejabat juga hari ni. Banyak benda nak selesaikan." Kata Tasim.
"Telefon Yanti suruh dia naik pejabat ? Susahlah Encik Tasim, silap haribulan, saya pulak kena marah dia pulak nanti". Kata Azhar.
"Saya faham Azhar. Tapi saya rasa kau seorang sajalah yang boleh berbincang dengan Yanti tu. Kalau Noor tu, saya nampak macam takut-takut dengan Yanti tu". Kata Tasim.
Azhar akhirnya akur dan bersetuju menelefon dan memujuk Yanti. Waktu di hospital, telefon Yanti berbunyi. Dia tahu itu panggilan dari Azhar dan menjawab panggilan tersebut.
"Yanti. Apa khabar ? Ada di mana sekarang ?". Kata Azhar.
"Baik. Aku sihat. Aku berada di satu tempat lain, bukan JB. Aku sendirian untuk mencari ketenangan jiwa." Kata Yanti.
"Ketenangan jiwa ? Bagus lah tu Yanti, harap-harap kau enjoy dengan suasana di situ". Azhar.
"Maklumlah Azhar. Kau kan tahu, orang dah tak suka aku lagi kat JB. Jadi, baiklah aku membawa diri". Kata Yanti.
"Janganlah cakap camtu Yanti. Kami semua sedih kehilangan kau di sini.." Kata Azhar.
"Kau tak kena macam aku rasa, Azhar. Tak apalah, aku turutkan saja, apalah daya aku... Errrrg, apa cerita kat opis hari ni ?" Kata Yanti.
"Pasal opis ? Inilah nak beritahu kau Yanti. Kalau boleh, kau naiklah opis hari ni. Hari ni hari akhir kau kat sini, ada banyak benda perlu buat, pasal tugas, rekod perkhidmatan, cuti dan lain-lain. Lagi pun kami nak jumpa kau hari last ni". Kata Azhar sambil memujuk.
"Naik opis ? Taknaklah...... aku bukan ada kat JB ni, aku jauh. Aku kan cuti banyak lagi, takkan cuti sehari pun bos nak bising ". Kata Yanti yang masih berkeras.
"Oklah. Lagi satu, kalau bila-bila bos tanya hari ni, susah Encik Tasim nak jawab. Encik Tasim kata, mesti bos nak jumpa kau hari ni. Apa encik Tasim nak jawab pada bos". Kata Azhar. Yanti terdiam seketika.
"Yanti. Fikirkanlah kerja kita. Jangan sampai rekod kerja kita kotor nanti. Kita kan belum disahkan jawatan. Banyak benda yang kita kena fikir pasal masa depan kerja kita. Kalau kita tak jaga hati bos, susahlah dia nak menyokong pretasi kerja kita nanti". Kata Azhar lagi.
Yanti termenung selepas perbualan telefon dengan Azhar itu. Fikirannya makin serabut. Man masih belum terjaga lagi. Yanti sukar untuk meninggalkan Man dalam keadaan macam itu, dia tak sanggup. Yanti fikir, sekurang-kurang dia hendak melihat Man sedar dan Man melihat sendiri Yanti yang hadir. Kalau boleh, kali pertama mata Man celik, yang dipandangnya adalah Yanti. Yanti tak mahu melepaskan peluang itu. Itulah bukti paling kukuh yang membuktikan kesetiaan cinta Yanti pada Man Burger.
Dalam jam 11.00 tengahari, Tasim dipanggil ke bilik bosnya.
"Tasim. Di mana Yanti hari ni, tak nampak pun ?". Tanya bosnya.
"Maaf tuan. Yanti tak naik, dia beritahu dia cuti, ada masalah peribadi". Kata Tasim.
"Cuti ? Siapa benarkan dia cuti ?". Kata bosnya.
"Tak tuan. Dia cuma beritahu saja. Saya dah hubunginya dan minta dia kena naik juga tapi sampai sekarang dia belum naik ". Kata Tasim.
"Apa masalah Yanti ni. Hari ni kan hari terakhir. Isnin dia dah kena lapor diri KL. Bila dia nak buat serah tugas dan lain-lain ?". Kata bosnya.
"Maaf tuan. Saya akan cuba hubungi dia lagi". Kata Tasim.
"Tak payah! Biar saya saja hubungi dia kejap lagi". Kata bosnya dengan suara yang agak tinggi.
Tasim keluar dari bilik bosnya dengan muka yang masam. Kakitangan lain dapat lihat perubahan pada muka Tasim yang mereka tahu, mungkin Tasim kena marah bos hari ni. Memang Tasim dah jangka, hal Yanti ini akan menyebabkan bos dia naik angin. Dalam hati Tasim, perasaan marah tetap ada pada Yanti. Hati Tasim membebel, tak sepatutnya Yanti buat begini, dirinya yang jadi mangsa kemarahan bos. Tapi Tasim buat tak kisah saja, kerja pun dah lama sampai dah dekat nak pencen. Jadi setakat kena tegur keras sikit dengan bos ni dah jadi perkara biasa dan tak simpan dalam hati sangat.
Dalam jam 11.30, hari itu Jumaat, Yanti masuk semula ke hotel. Yanti menyambung untuk bermalam sehari lagi di hotel itu. Tiba di bilik hotel, Yanti dapat panggilan telefon dari bosnya. Yanti tahu, itu bosnya yang telefon melalui telefon bimbit. Yanti cukup gementar untuk menjawab panggilan itu. Yanti ambil keputusan untuk tidak jawab 2 panggilan itu. Fikiran Yanti bertambah kusut. Dia takut bila bos nombor satu sendiri yang telefonnya. Tidak ! Tidak ! Tidak !.. Yanti tak akan jawab panggilan itu.
....BERSAMBUNG KE EPISOD 21
No comments:
Post a Comment