BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, February 20, 2012

NEGERI MANA NI?

 tu dia!!!! hangpa baca elok-elok....negeri mana tu??? siapa tadbir negeri Tok Gajah tu??? PAS kah??? DAP kah??? hahahahaha.....


pakat lah riuh, gegak gempita satu Malaysia mengatakan air di negeri Kelantan paling kotor, paling teruk dan segala paling....rupanya di negeri yg depa tadbir sendiri pun, masih ada rakyat tak terbela....konon dah merdeka lebih 50 tahun.....selama lebih 50 tahun jugaklah, umno mentadbir Pahang dengan segala juahnya... PM la ni pun boleh jadi PM dek kerusi di Pahang.....kalau kena tang negeri PR perintah, hangpa hingaq seluruh dunia.....

ditulis pulak dalam kisah di atas tu, kata ketua umno cawangan di kampung tu....dah beberapa kali permohonan dikemukakan...tapi tiada maklum balas....tu dia aih!!!! kalau ketua umno cawangan pun depa boleh buat lebih kurang macam main bola, yang tak umno....lagi tambah lah....kalau dulu, ada orang dok kata kononnya kalau masuk jadi ahli umno, boleh selesai masalah, bantuan segera boleh dapat....tapi rupanya, tanam tebu di tepi lubang idung saja......lebih baik tanam dalam lobang idung.....hahahahahaha

sebelum ni, aku dah pun bancuh beza tarif ayaq antara negeri seluruh Malaysia....maklumatnya hangpa boleh tengok SINI

manakala di bawah ini adalah surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya...
hangpa boleh tengok sendiri laporan dari agensi kerajaan terhadap tahap kualiti ayaq yg dirawat di negeri di bawah tadbiran umno be end berbanding dengan Kelantan dan negeri2 lain yang pakat dok hingaq sangat tu....

Berdasarkan gambar surat di bawah, jelasnya kandungan E.coli yang terdapat di dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88% dan lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Perlis (1.21%) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%).

hahahahahaha.......semua apa yg sebenarnya di khabarkan oleh umno be end selama ini sebenarnya mendedahkan pekung di dada sendiri......rakyat sekarang makin cerdik dan tidak sedungu yg diinginkan oleh umno be end.....setiap maklumat akan diperincikan dan sumber sahih diperlukan....sama sekali kita tak boleh percaya bulat2 apa yg depa dok cakap sangat.....malah apa yg dikatakan oleh pemimpin PAS/PR pun tetap kita siasat kesahehannya.....bukan telan buta saja.....

No comments:

Post a Comment