BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, February 11, 2012

ANWAR DI QATAR

 QATAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Sheikh Yusuf al-Qaraqawi di Doha, untuk berbincang pelbagai isu khususnya perjuangan rakyat Palestin dan cabaran umat Islam di dunia termasuk Malaysia, baru-baru ini.

Anwar memberi pandangannya kepada Sheikh Yusuf al-Qaradawi (tengah) dan tokoh ilmuan, Sarjana Jaser Audah

Ketua Pembangkang Malaysia itu terharu dengan sokongan peribadi dan perhatian khusus Sheikh Yusuf al-Qaradawi terhadapnya dan rakyat Malaysia yang bergelut dengan nilai keadilan dan kebebasan.

Katanya, ulama terkenal itu bersyukur kerana beliau dibebaskan dari fitnah dan mendoakan kejayaan rakyat Malaysia untuk mencapai kebebasan dan keadilan.

Malah, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden KEADILAN turut makan tengah hari bersama Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan keluarga.


Anwar ketika ini berdepan fitnah media kawalan Umno yang melabel beliau sebagai pro-Israel dan pertemuan dengan ulama Islam itu sekaligus menangkis tohmahan liar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Mengikut paparan twitter Anwar, perbincangan itu turut disertai pemimpin Hamas, Khalid Mash’ad dan Menteri Kebudayaan Qatar.
Pandangan Anwar sentiasa diberi perhatian pemimpin Islam dunia

Anwar berkata, Khalid bersyukur atas kebangkitan rakyat Arab dan mendoakan kejayaan serta berkirim salam buat rakyat Malaysia.

Selain mereka, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Bank Pembangunan Islam, Ahmad Muhd Ali di Jeddah dan mereka sepakat menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Selain itu, Anwar ketika dalam perjalanan pula ke Malaysia sempat mentelaah buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi berjudul Thaurah Masr (Revolusi Mesir), malah mencadangkan buku itu diterjemah.

No comments:

Post a Comment