BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, February 26, 2012

NOVEL - SUDAH NASIB MAT BURGER


Sebuah karya Ustaz Mohd Khalil (Kadi Kluang Johor)
Di copy paste kan
(kerana aku adalah peminatnya)


EPISOD 19
  
Di dalam hotel, Yanti seakan sukar hendak tidur, memikirkan nasib Man. Tadi Yanti pesan pada Syira, kalau Man dah selesai pembedahan supaya menghubunginya. Jadi, Yanti cemas menantikan penggilan Syira itu. Yanti teringat suatu yang penting diberitahu pada Man semasa Man dalam perjalanan naik bas hari itu. Iaitu cadangan Yanti untuk nikah senyap-senyap dengan Man di Siam. Hari itu, Yanti berkobar-kobar  beritahu pada Man, seakan memaksa Man menerima cadangan peliknya itu.

Malam ini, Yanti terasa bersalah kerana semua itu. Yanti fikir, tidak patut seorang wanita yang beriya-iya meminta lelaki berbuat demikian, sedangkan tindakbalas Man nampaknya hambar. Apatah lagi, Yanti seperti memaksa Man melansungkan perkahwinan segera dalam sehari dua ini. Tapi, dengan peristiwa Man masuk hospital dan menjalani pemedahan, Yanti kira cadangannya itu terpaksa dibatalkan segera. Yanti juga malam itu,  mahu melupakan keluarganya yang padanya, perbuatan abangnya Fuad tidak dapat dimaafkan. Juga keluarga-keluarganya yang suka menyakitkan hatinya sahaja. Yanti mahu tenang dalam hotel 3 bintang itu.

Sedang Yanti baring dan mengelamun, kakaknya Azizah telefon. Walaupun pada mulanya berat untuk menjawabnya, tapi Yanti jawab juga.

"Yanti, abah tak sihat dan selalu sebut nama Yanti." Kata kakaknya.

Yanti tersentak tetapi Yanti seakan tidak percaya dengan cerita itu.

"Kak, abah sakit ?  bagaimana keadaannya." Tanya Yanti.

"Sejak akhir-akhir ni, abah selalu sebut nama Yanti.  Dan setiap kali dia sebut Yanti, abah nampak semakin tak sihat. Kami semua bimbangkan kesihatan abah. " Kata kakaknya.

Yanti bertukar  jadi sedih, sekali sekali Yanti terlintas untuk kata, ini semua berlaku kerana tak mahu ikut kemahuan Yanti.... Kan lebih elok kalau terima saja lelaki pilihan Yanti tu. 

Yanti tahu, dia anak kesayangan abahnya, dia anak bungsu yang paling dapat perhatian dan paling dimanjakan dalam keluarga. Waktu kecil, hampir ke mana saja mak dan ayahnya pergi, Yanti akan ikut. Kebiasaannya di dalam antara ibu dan ayah, orang lebih manja dengan ibu, tapi Yanti tidak. Yanti lebih rapat dan manja dengan ayahnya. Ayahnya tak tak pernah marah dan tinggi suara dengan Yanti pun selama ini. beranding dengan ibu Yanti yang suka bising-bising dengan Yanti walaupun Yanti sudah besar. Oleh sebab itu, Yanti lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibunya.

Hampir semua kemahuan Yanti dituruti oleh bapanya. Tapi ada beberapa perkara yang Yanti rasa kecil hati dengan bapanya. Pertama, masa nak belajar ke luar negara, bapanya halang selepas dengar nasihat abang-abang Yanti. Itu yang Yanti rasa sukar menerimanya, lantas menaruh rasa kesal dengan sikap bapanya. Pernah Yanti fikir, bapanya tak mahu Yanti pergi jauh ke luar negara kerana ayahnya mahu dekat dengannya, tapi Yanti tidak boleh menerima alasan itu.

Pada Yanti, cita-citanya sejak di bangku sekolah adalah untuk belajar ke luar negara, kenapa perlu dihalang. Soal kewangan bukan masalah, ke luar negara ada biasiswa dan pinjaman. Yang Yanti kecewa, kenapa bapanya tidak mahu memahami perasaan hatinya.....Selalu hati Yanti berkata, Yanti dah besar, bukan budak-budak kecil lagi yang semuanya ibu bapa nak menjadi penentukan halatuju hidupnya.

Kedua, dalam soal jodoh dan memilih bakal suami, bapanya menghalang setelah dipengaruhi abang-abang Yanti. Dalam hal ini, walaupun Yanti tahu yang menentang ini adalah abangnya, tapi Yanti tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa pada bapanya sendiri. Pada Yanti, kalau bapanya sayangkan Yanti, fikirkanlah kebahagian Yanti, Yanti ada pilihan sendiri..... Perbualan telefon antara Yanti dan kakaknya tadi terdiam seketika bila Yanti lama menyelamun, kemudian kakaknya meneruskan bicara.

"Yanti, kau tak boleh berterusan begini... Abah terasa hati dengan kau, hingga kesihatannya terganggu. Ini abah kita, kita pun tak tahu berapa lama lagi umur abah. " Kata kakak Yanti.

Yanti menangis mendengar ayat itu, umur ayahnya sudah lanjut, menjangkau 70 an. Yanti kenangkan bapanya yang tidak berapa sihat dan pernah menjalani pembedahan jantung beberapa tahun lepas.  Darah tinggi abah, kekadang normal kekadang tak berapa menentu terutama kalau dalam kerunsingan. Yanti tidak menolak kemungkinan, kesihatan ayahnya kembali tak stabil bila Yanti seolah-olah menyalahkan  ayahnya dan juga adik beradik lain dalam isu jodoh Yanti.

"Yer kak... maafkan Yanti. " Kata Yanti ringkas.

"Yanti. Kau telefonlah abah di KL, dia rindukan kau. Mak kata, hari-hari abah tanya kan kau, dia tanya bila  kau nak telefon, tak larat mak nak jawab. Mak kata kau sibuk kerja dan ada kursus, tapi sampai bila mak nak bohong abah hari-hari, kau  telefon lah abah, tanya-tanya khabar". Kata kakaknya lagi.

Perbualan hari itu walaupun agak ringkas, tapi mendatangkan kesan yang mendalam pada jiwa Yanti. Yanti terlintas rasa bersalah pada bapanya. Sebelum ini hampir setiap hari, pasti dia telefon dan berbual dengan ayahnya. Tapi sejak peristiwa bapanya menghalang berkahwin dengan Man, Yanti tidak lagi menelefon bapanya. Kerinduan mula terasa pada diri Yanti. Teringat semasa kecil bersama ayahnya.....

Yanti teringat, masa dia dalam umur 6 tahun, dia ikut ayahnya memancing di tepi sawah padi di kampung ayah di Kedah. Dalam ramai adik beradik Yanti, ayahnya suka bawa Yanti hampir ke mana-mana saja masa kecil dulu. Sedang ayahnya syok memancing, Yanti bermain seorang diri di tepi batas. Tiba-tiba, Yanti terjatuh ke dalam sawah kerana tergelincir dan menjerit meminta tolong. Ayahnya terus mencampakkan joran pancing dan terjun ke dalam sawah yang tak berapa dalam itu menyelamatkan Yanti. Walaupun airnya agak cetek juga, tapi kalau bapanya tak sedar tadi, Yanti boleh kelemasan dalam air itu. Mengimbas kembali peristiwa silam ini, Yanti semakin banyak menangis, teringatkan ayahnya.

Yanti berterima kasih dengan nasihat kakaknya supaya telefon ayah. Mulanya, Yanti nak saja dail dan cakap dengan ayahnya. Tapi bila difikirkan semula, Yanti tak jadi telefon. Yanti mahu bersendirian buat masa ini. Mungkin sehari dua atau esok lusa, Yanti akan telefon bapanya. Hari ini, fikiran Yanti masih bercelaru dalam banyak perkara yang belum selesai-selesai.

Dalam jam 12.00 malam, Yanti terjaga dari tidur. Rupanya dia terlelap tadi, tak tahu jam berapa dia terlena tadi. Yanti melihat telefonnya, tiada satu pun miscal atau sms. Tiada pun panggilan dari Syira untuk beritahu perkembangan dan keadaan Man. Yanti rasa tak sedap untuk menghubungi Syira, tapi Yanti ambil  keputusan untuk pergi ke hospital yang cuma tak sampai 1 km dari hotelnya menaki kereta.

 Tiba di hospital, Yanti kehairanan bila dilihatnya bilik dan katil Man kosong saja. Yanti sekali lagi membaca tulisan yang tertera penghuni sebenar bilik itu, betul itu bilik Man, tapi ke mana Man ? Hati Yanti kelihatan gusar dan cemas, kalau ikutkan pembedahan sejam seperti kata doktor, sepatutnya jam 9 Man dah keluar, tapi sekarang jam 12.30 Man masih belum kelihatan di biliknya.

Yanti mencari-cari tunjuk arah ke bilik pembedahan dan ditujunya ke tingkat 3. Sedang Yanti menuju ke kaunter pertanyaan, Yanti nampak ayah, mak Man juga adik-adik Man yang lain di kerusi menunggu. Lebih mencemaskan Yanti, mak Man menangis bila melihat kehadiran Yanti sambil mengesat air mata dengan lengan bajunya. Yanti tidak dapat berkata apa-apa, perasaannya terus jadi sedih....... Apa yang berlaku ke atas Man ? Sungguh mencemaskan......

 ....bERSAMBUNG KE EPISOD 20

No comments:

Post a Comment