Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan
REMBAU 14 April 2007 — Seorang pelakon wanita, Catriona Bahrin Ross, cedera parah setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 230.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Mat Dom berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 pagi ketika Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 27, bersama rakannya Jeniffer Govia, 32, yang memandu kereta jenis Chevrolet, sedang dalam perjalanan dari Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.
“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas lalu melanggar kon, sebelum menyeberangi lebuh raya itu dan memasuki laluan bertentangan.
"Dalam masa yang sama sebuah treler yang sedang menuju ke Utara gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, Catriona patah di kedua-dua kaki dan tangan selain cedera di badan serta kepala, manakala rakannya turut cedera di badan.
Kedua-dua mangsa yang beralamat di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur kemudian dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Catriona yang cedera parah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu dan keadaannya dilaporkan stabil.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scottish itu pernah membintangi filem dan drama termasuk Qabil Khushry Qabil Igam, Cermin, Rafflesia dan Sephia.
Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. –Bernama

SELEPAS lebih 24 jam
menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan, pelakon popular, Catriona Bahrin Ross, 26, kini semakin stabil walaupun dilaporkan masih trauma dan terkejut akibat kemalangan jalan raya bersama rakan serumah, Jennifer Govia, 32, awal pagi Sabtu lalu.
Tinjauan di HTJS kelmarin mendapati pelakon drama popular Sephia dan Rafflesia itu juga tidak banyak bercakap, sebaliknya lebih kerap melelapkan mata dipercayai akibat keletihan selain kelihatan masih keliru dengan kejadian berkenaan.
Catriona yang ditemani tiga adiknya yang bergegas dari Kuala Lumpur selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu, juga tidak diputus-putus dikunjungi saudara mara lain dan rakan, manakala pelawat pesakit lain di wad sama turut mengambil peluang menziarahi pelakon itu.
Bagi mengelak gangguan dan menjadi tumpuan ramai, katil rawatan pelakon itu di Wad 8B ditutup dengan tirai.
Adiknya, Fiona Noor Aishah Ross, 24, berkata keluarganya sudah berbincang dengan doktor di HTJS untuk memindahkan Catriona ke pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur bagi memudahkan dijaga keluarga.
"Dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur secepat mungkin, tetapi kami belum buat keputusan hendak menghantar kakak ke pusat perubatan mana. Doktor di sini ada juga memberi beberapa nama hospital yang sesuai. Jika semua urusan di sini berjalan lancar, dia akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, petang ini (semalam)," katanya sambil menjelaskan ahli keluarga lain, termasuk ibunya dari Kota Bahru, Kelantan menunggu Catriona di Kuala Lumpur.
Mengenai keadaan pelakon itu, beliau berkata, kakaknya dalam keadaan stabil, tetapi masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpanya, selain dilihat masih keliru dan lebih banyak lelap dipercayai keletihan.
Fiona turut meminta kerjasama media supaya tidak merakam gambar Catriona dalam keadaannya sekarang, manakala seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa saudara mangsa meminta media massa memberi peluang kepada pelakon itu berehat sehingga pulih sepenuhnya.
Catriona cedera parah selepas kereta dinaikinya bersama Jennifer dirempuh sebuah lori trailer dalam kemalangan di Kilometer 230.8 Lebuhraya Utara-Selatan di Rembau, Negeri Sembilan, kira-kira jam 6.45 pagi kelmarin. Dia dikatakan sedang berbaring tidur di kerusi penumpang hadapan kereta dipandu Jennifer dari rumah mereka di Pantai Hill Park, Kuala Lumpur ke Johor Bahru kerana rakannya itu perlu menghadiri satu mesyuarat di sana.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila Jennifer dikatakan cuba mengelak sebuah kon pembinaan diperbuat daripada plastik yang secara tiba-tiba masuk ke laluannya menyebabkan kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan.
Pada masa sama, lori trailer dalam perjalanan dari arah Melaka ke Senawang tiba lalu merempuh belakang kereta dinaiki dua sahabat itu menyebabkan kenderaan mereka remuk teruk di bahagian belakang dengan kedua-dua tayarnya tercabut.
Kejadian itu menyebabkan pelakon berkenaan patah kedua-dua kaki, tangan kanan serta beberapa batang gigi, manakala Jennifer pula patah paha kiri.

No comments:
Post a Comment