Adik Nafuan
Kepada peminat Ustaz Azhar Idrus mungkin anda terlepas pandang dengan adik Nafuan 10 tahun daripada Kg. Fikri (sekolah rendah kebangsaan mak lagam) yang sama2 berada di saf hadapan. Ketika ditemubual bersamanya semalam, adik Nafuan berkata Ustaz Azhar adalah idolanya dan dia bercita-cita menjadi seorang ulama. Jika anda berkesempatan berada dalam majlis ilmu dan secara kebetulan Adik Nafuan ada, cuba anda lihat cara beliau menadah kitab. SubanaAllah... malu kita sebagai orang dewasa. Bertuah sungguh anak ini. Adik Nafuan belajar aliran kebangsaan bukannya aliran sekolah rendah agama. Tetapi kesungguhannya untuk belajar menjadi seorang ulama amat dikagumi. Adik Nafuan mungkin berada di masjid Geliga, Masjid Jamek atau mana-mana masjid yang mengajar ilmu aqidah. Alhamdulillah adik Nafuan tidak seperti anak2 yang sebaya dengannya bermain dan berkejar-kejar diluar masjid atau surau. Adik Nafuan sentiasa ditemani bapa saudaranya ketika menadah kitab. Walaupun bapa saudaranya memberi kebebasan ketika berada didalam masjid tetapi kehendaknya tidak sama dengan anak-anak jemaah yang lain. Baginya berada didalam majlis ilmu samalah seperti kita berada dalam keadaan solat iaitu mendiamkan diri dan tumpulkan sepenuhnya. Apabila ditanya mengapa tidak datang bersama ayah? "ayah berada di Melaka bekerja disana". Temubual ini dirakamkan 20 Feb 2012 Isnin ketika adik Nafuan berkunjung ke Surau Batu 2, Kampung Jaya. Adik Nafuan yang sempat menadah kitab sunnah wal jammah yang dihuraikan oleh Ustaz Harun. Semoga Allah memberi kekuatan dan keistimewaan kepada adik Nafuan sehingga kehujung nyawa. Amin.
No comments:
Post a Comment