BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, November 1, 2011

USTAZ DON DANIEL DON BIYAJID - TV AL-HIJRAH

  
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Don yang sekarang ini semakin popular dengan TV Al-Hijrah. Walaupun jam 10 malam baru bersiaran langsung di kaca TV tetapi peminat sentiasa menunggu waktunya. kehebatannya berceloteh membuatkan peminat semakin bertambah. Walaupun isunya agak nipis yang dikupas oleh Ustaz tetapi secara pratikalnya sudah menjadi lumrah manusia pelupa.

Semoga Ustaz sentiasa tabah menjadi seorang pendakwah bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi khasnya Malaysia ini.

Dan mengharapkan Ustaz tidak berselindung atas fakta yang betul walaupun ianya pahit bagi seorang pendakwah yang mencari sesuap makanan atas ilmunya. Semoga Ustaz Don akan menjadi seperti Ustaz Azhar Idrus yang berjaya membawa ilmunya sehingga diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Syabas Ustaz Don. Dari Allah kita datang dan dari Allah jua kita pulang. 



No comments:

Post a Comment

Post a Comment