BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, November 13, 2011

KULIAH MUSLIMAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULANAN KEPADA FAKIR MISKIN DI SEKITAR KAMPUNG JAYA

Pendaftar bagi penerima sumbangan

Yang datang untuk mendengar kuliah tidak perlu mendaftar diri.


Jam 3 petang Ustaz Hishamuddin Abd Karim memulakan kuliah khas untuk muslimat. Ustaz menekankan kepada jemaah agar pendidikan kepada anak-anak mengikut cara Islam yang perlu dipratikkan di sekolah mahupun di rumah. Selama 1 jam ustaz memberi tip-tip yang penting kepada para jemaah untuk dihayati serta dilaksanakan.

Kuliah muslimat kali ini berlangsung diperkarangan surau tidak seperti biasa didalam surau.


Selepas selesai kuliah, ustaz terus menyampaikan sumbangan bulanan kepada fakir miskin  Seramai 31 orang yang layak menerimanya pada hari ini.









Ini adalah sebahagian penerima sumbangan. Dan kepada yang tidak dapat hadir kerana keuzuran, pihak AJK akan hantar kerumah. Antara isi barangan sumbangannya beras 5kg 2 kapit, gula 2kg, gandum 1kg, minyak masak 3kg dan teh 1 kotak. Barangan sumbangan ini adalah sumbangan daripada ahli jemaah surau yang prihatin kepada penduduk setempat. Pihak AJK surau hanya mengumpul dan diagihkan setiap bulan. 

No comments:

Post a Comment