BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, November 13, 2011

MAJLIS IHTIFAL PASTI DAN KAFA 2011 DI SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA

Pendaftaran pelajar dan ibubapa dibuka seawal jam 8 pagi.


Ustaz Faizan mudir KAFA Afnan dan Cikgu Zura pengetua PASTI AlFalah bertugas seawal pagi dibahagian pendaftaran.


Gerai jualan buku, makanan dan permainan.

Gerai jualan herba

Dibelakang tabir, muslimat sibuk memasak nasi minyak, nasi putih, gulai kawah, ayam goreng, acar nenas, air sirap soda, sambal belacan, bubur kacang, ikan tongkol masak merah dan bungkus kuih karipap.

Nasi bungkus berlauk ayam goreng khas untuk anak-anak pelajar. Sudah semestinya anak-anak tidak gemar makan daging, mereka lebih sukakan ayam.


Pengerusi surau Tuan Haji Halim dan bendahari Tuan Haji Tahir berbaju batik.



Turut sama Tuan Haji Hanafiah Mat selaku Pengarah Majlis Tindakan Dun Chukai


Jam 8.30 majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh anak SU surau yang berumur 12 tahun.




Dua orang jemaah surau Encik Tarmizi dan Encik Hamzan, adalah jemaah yang aktif menyalurkan sumbangan kewangan kepada surau.




Ucapan sepatah dua kata daripada pengetua PASTI Alfalah Cikgu Zura.

Ruang pameran KAFA Afnan.


Ucapan sepatah dua kata daripada mudir KAFA Afnan Ustaz Faizan.
 

Ucapan sepatah dua kata daripada Tuan Haji Hanafiah Mat.


Sekali lagi kita berada dibelakang tabir. Muslimat masih sibuk lagi menguruskan persiapan makanan.

Ucapan perasmian oleh Ustaz Hishamuddin Abd Karim selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Kemaman (PASTI adalah dibawah naungan Dewan Pemuda Pas) Beliau adalah juga pegawai agama di syarikat Petronas Kerteh.






Tuan Haji Halim menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar PASTI Alfalah.





Ustaz Hishamuddin menyampaikan hadiah kepada pelajar PASTI Alfalah yang cemerlang.
 

Cikgu Azmi menjadi pengerusi majlis pada kali ini.

Tuan Haji Hanafiah Mat menyampaikan Cenderahati kepada semua pelajar KAFA Alfalah.

Ustaz Hishamuddin menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Hanafiah Mat. Tuan Haji yang mendapat lebih kurang 20 kad jemputan kenduri pada hari ini agak sibuk Tambahan pula ada berberapa tempat Pasti yang perlu dia hadir sempena majlis Ihtifal 2011.

 Encik Hamzan menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar KAFA Afnan


Turut mengambil cenderahati anak abah (Wan Nur Alieya Syahirah)


Tuan Haji Tahir membuat cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiahnya. Turut yang bertuah ialah isteri blogger yang sedang mengambil hadiah.

Kumpulan nasyid dari pelajar Pasti Alfalah.

Pelajar Pasti Alfalah menunjuk bakat sebagai pendakwah. Beliau telah bertanding diperingkat Pasti Daerah menjadi johan. Seterusnya mewakili daerah ke peringkat negeri yang berlangsung di Besut.

Ini adalah cenderahati yang diberikan kepada semua pelajar Pasti Alfalah, Kafa Alfalah dan Kafa Afnan. Cantik dan comel berbentuk mug. Terima kasih kepada yang kreatif.







Tuan Haji Halim menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hishamuddin Abd Karim. Terima kasih ustaz.

Kumpulan nasyid dari pelajar Kafa Alfalah.

Ustaz Ahmad Ibrahim (Ustaz Saiful) menyampaikan  hadiah kepada pelajar Kafa Alfalah yang cemerlang.


Kumpulan nasyid dari pelajar Kafa Afnan.

Hajah Puan Zaiton AJK Muslimat Pas Kawasan Kemaman menyampaikan hadiah cemerlang kepada pelajar Kafa Afnan.

Puan Zahariah isteri kepada Tuan Haji Hanafiah Mat membuat cabutan nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiahnya.

Tuan Haji Tahir menyampaikan cenderahati dan sijil kepada pelajar Pasti Alfalah tahun akhir.

Puan Siti Khadijah isteri kepada Tuan Haji Tahir menyampaikan cenderahati kepada adik yang menperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran pada pembukaan majlis Ihtifal 2011.

Seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua guru Pasti dan Kafa.

Ustaz Faizan dari Kafa Afnan

Kak Ton daripada Pasti Alfalah dan Kafa Alfalah

Guru Pasti

Guru Pasti

Guru Pasti

Guru Pasti

Ustaz Hasan daripada Kafa Afnan

Ustazah daripada Kafa Afnan

Ustazah daripada Kafa Afnan

Cenderahati jasamu dikenang khas bekas peneraju  penubuhan Kafa Afnan Ustaz Syed di wakili oleh Ustaz Faizan menerima bagi pihaknya.

Bekas guru Pasti Alfalah.

Ustaz Faizan mencabut nombor bertuah yang ke 20 seterusnya menyampaikannya kepada yang bertuah.

Sebagai penutup majlis Ihtifal 2011, Ustaz diberi amanah untuk membacakan doa. Amin.


Jam 11.30 pagi majlis bersurai. Semua dijemput menjamu selera. 

No comments:

Post a Comment