BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, November 8, 2011

PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH 2011 M/1432 H DI SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA (SKJ)

Penghantaran lembu agak terlewat daripada jadual. Sepatutnya selepas solat asar akan sampai. Menunggu menjadi tanda tanya. apa-apa pun minuman dan makanan sentiasa ada. Petugas menunggu dari selepas solat isyak lagi. 



Siap menonton filem kisah nabi lagi, lepas ni cd ustaz azhar pulak. 

16 ekor lembu sudah sampai. Hanya 12 ekor sahaja akan diturunkan di Surau Batu 2, Kampung Jaya. Untuk sembelihan pada malam raya, 1 ekor (lembu N0 9 - Aqiqah), pada hari raya pertama 11 ekor, 2 ekor diberikan kepada Surau Geliga, 1 ekor diberikan kepada Surau Pasir Semut (Ustaz Che Harun) dan 1 ekor lagi diberikan kepada sahabat dikemasik. Lembu berharga pekej RM2,400 seekor (RM38.400).


Yang pentingnya lembu No 9, kerana malam ini kita mahu sembelihnya (Aqiqah). Kita akan masak selalu malam ini juga.

Jam 12 tengah malam baru boleh sembelih. Hujan tengah lebat turun mencurah-curah.

Sambil potong daging sambil makan nasi goreng


Meriahnya dimalam raya. Sepatutnya malam ini diadakan BBQ ayam. Tapi tukar plan.


Pembayaran pembelian lembu melalui cek dilakukan. Bendahari dan SU cepat sikit..... 

program sembelihan lembu no 9, jam 1.30 pagi siap.Daging yang sudah siap di sian perlu dimasak segera untuk petugas gotong royong sebentar tadi.


Jam 3 pagi makanan pun masak. Blogger tidak sempat ambil gambar sewaktu makan jam 3 pagi kerana sama-sama lapar jugak. Daging masak merah 20kg dan sup singgang 20kg menjadi menu utama.

Tepat jam 8.30 pagi. Cikgu Lie menjadi Bilal dan Ustaz Mohd Najib Bin Ali menjadi iman dan khatib.





Dalam khutbah aidil adha, ustaz menyentuh prihal pengorban dengan huraian, pembaziran pembelanjaan, hutang dan bajet negara, perlaksanaan hukum Allah SWT. dan penolakkan hudud, gerakkan dakwah pada PRU13, Kemenangan Islam akan tercapai. Itulah serba sedikit ringkasan yang dapat dibuat. Walaupun khutbah ustaz agak panjang.











Encik Nazri (Tok Bilal) ditugas untuk menimbang dan membahagi 7 bahagian kepada peserta korban.

T-shirt berbaju hijau adalah AJK Surau.




Cuaca sepanjang program ini, Alhamdulillah reduh. Jam 12 tengahari semua sudah siap.

No comments:

Post a Comment