BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, November 15, 2011

SIAPAKAH YANG BERANI MENEGURNYA?








Kenalkah anda siapakah artis ini? Beliau bukanlah dari Hollywood mahupun Bollywood tapi dari tanah air kita sendiri… apa nak jadi ni?

Dulu masa Allahyarham Tok Mat jadi Menteri Penerangan tak jumpa pulak aku artis Melayu yang seberani ini.. tapi sekarang??

Anda perasan atau tidak tarikh 1 November 2011, cantik susunan nombor 11.11.11 untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai memori.

Kami pasti ramai pasangan bercinta di’luar sana bakal membawa hubungan mereka ke satu aras baru hari ini dengan ikatan pernikahan. Tahniah dari kami walau siapa pun diri anda.

Di Kuala Lumpur, satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di’pasaran Malaysia LISA yang di’adaptasi dari keluaran luar negara.

Ramai hadirin yang turut serta memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, Shaheizy Sam & pastinya yang menjadi perhatian — Fasha Sandha.

Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome di’kenakan oleh Fasha Sandha, menurut seorang ‘pakar fesyen’ .  Persalinan Fasha Sandha ini cukup berani & sesuai dengan tubuh badan’nya, tambahnya.

Tidak kami mahu mengulas lanjut dan gambar Fasha Sandha di parti pelancaran majalah LISA versi Malaysia yang berlangsung di The Intermark, Kuala Lumpur. Tetapi ingin kami bertanya kepada orang yang berkenaan terutamanya yang menahan alim ulama dan ustaz-ustaz apabila memberi kuliah agama di masjid mahupun di surau tanpa tauliah. Persoalannya adakah pembuatan artis ini tidak salah dari segi pemakaian di tempat awan? Adakah kerana tempatnya International ?

Kepada pihak berkenaan, kenapa anda semua tidak jadikan Dato Ishak Baharom sebagai idola? Mencegah kemungkaran atas kuasa yang ada, sehingga pangkat tercabut dek peminpin jahil. Adakah anda semua sedar tindakan ampu sana, ampu sini akan mempercepatkan langkah ke api neraka Allah SWT. Nauzubillah.

Cukuplah setakat semalam kita membuat dosa. Dan hari ini kita bertaubatlah kepada Allah SWT. Sesungguh Allah suka hambanya sentiasa bertaubat.

Dan cara cegah saya melalui jejeri jemari dan IT. Dan akan mencegah peringkat besarnya 5 tahun sekali. InsyaAllah PRU13 gerakan Islam akan menang. Sama-samalah kita doakan kejayaan untuk menegakkan pemerintah secara Islam secara keseluruhannya. InsyaAllah.

Dan kepada kumpulan munafik, tunggulah kamu pembalasan daripada Allah SWT atas apa yang kamu kerjakan atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment