BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Saturday, May 7, 2011

MESYUARAT AGUNG KE 51 PAS KAWASAN KEMAMAN



KEMAMAN, 07 Mei: Dua muka lama iaitu Haji Ismail Harun (gambar kiri) dan Ustaz Hazri Jusoh  kekal sebagai Yang Dipertua dan Naib YDP PAS Kemaman  pada mesyuarat agung ke 51.

Mereka memenangi jawatan masing-masing apabila menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Asy-Syafie, Pusat Pengajian Taman Islam sebentar tadi.
Manakala bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua menyaksikan berlaku pertukaran apabila Ustaz  Nik Nasri Malek memenanginya dalam pertandingan empat penjuru.
Sementara Ustaz  Ali Mohamad kekal bagi jawatan Ketua Urusan Ulamak Kemaman, Nor Azman Lua Abdullah menang sebagai Pengerusi Tetap serta Abdul Rahman Talib menang tanpa betanding mengekalkan fungsinya sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Antara nama yang turut menang bagi jawatan Jawatankuasa PAS Kemaman bagi sessi 2011-2013 ialah YM Megat Suhaimi Megat Idrus, Hj Hanafiah Mat, Hajjah Rohasni Hussin, Mohd Hafiz Adam, Hj Johan Ismail, Amri Mamat, Ustaz Long Kamaruddin Long Hassan, Ustaz Abd Wahab Ali dan Ustaz Suhaimi Sahidin.
Turut menang bagi Jawatankuasa PAS Kemaman ialah Hj Zulkifli Mat Yakim, Harun Jusoh, YM Tengku Zakaria Tengku Mahmood, Nafisah Harun, Hj Azman Zawawi, Ramlan Mahmood dan Ustaz Che Harun Ibrahim.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman juga menyaksikan perubahan apabila Ustaz Hisyamuddin Abdul Karim di amanahkan ke jawatan tersebut sementara itu, Ustazah Fainah Mat menerajui Dewan Muslimat PAS Kemaman pada mesyuarat dewan berkenaan yang lalu.

Mesyuarat agung tersebut dirasmikan oleh Ajk PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu.



No comments:

Post a Comment