BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Sunday, May 15, 2011

KEMBARA TARBAWI SIRI 2 DALAM KENANGAN









Hulu Dungun: 13 Mei 2011. Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun. Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini Berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.

Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran. 


 Di Pentas Perasmian
 Ucapan aluan Ketua Lujah tarbiyyah Negeri
Ucapan Presiden Pas



 Gimik, Tuan Guru Presiden memandu sendiri Jeep Wrangler.
Presiden melepaskan para peserta





                         Menyusun peserta di Kelulut, Marang
 Konvoi jalanraya
 Tiba di Masjid Kg.Nyior Paka
 Disambut oleh AJK Masjid dan penduduk setempat
 Makan bersama jamuan rakyat

 Pitt Stop ke-2 ini, Makan Tengah-hari di Perkarangan Masjid Kg.Nyor, Paka. Tuan Guru Presiden telah menyampaikan khutbah jumaat kepada penduduk setempat.
 Menuju ke Ketengah Jaya.
 Pitt Stop ke-3, Majlis ramah mesra Presiden dengan masyarakat setempat. Nampaknya Pihak Umno telah memenuhi perkarangan Stesyen Bas Ketengah Jaya dengan bendera Umno dan mereka dengan segera membuat program dengan tujuan supaya perkarangan tersebut tidak boleh digunakan Pas.


 Ucapan Presiden kepada penduduk setempat
 Bertemu dengan rakan lama sepersekolahan Presiden. Alhamdulillah, program berjalan lancar
 Bertolak ke Bandar AMBS


 Tiba di Bandar AMBS, Durian Mas. Disambut meriah oleh penduduk tempatan.
 Tiba di Base-Camp di Sg. Loh untuk perkhemahan Kembara Tarbawi 2011

Semua peserta mengambil tempat dan kendiri sebelum persiapan untuk program seterusnya. Posting akan bersambung untuk xtvt dan gambar kembara lasak Off-Road ke Cengal Besar.

No comments:

Post a Comment