BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Tuesday, May 24, 2011

JAMBORI KADET AMAL WAL BANAT SEKOLAH-SEKOLAH DAR TERENGGANU

DUNGUN, 18 Mei : Jambori Kadet Amal wal Banat Sekolah-Sekolah DAR Terengganu akan diadakan buat kali pertama pada 26 - 28 mei 2011.
Program yang melibatkan semua sekolah di bawah kelolaan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu itu adalah anjuran DUPNT dengan kerjasama Jabatan Amal Terengganu dan Nisa' Terengganu. Lokasinya akan diadakan di Pusat Rekreasi Darul Bayan Pinang Merah, Paka.
Menurut pengarah program Ustaz Azmi Mat Yasin, Kem tersebut akan dirasmikan oleh wakil DUPNT, Ust Hamzah Ngah pada pagi jumaat. Seterusnya beliau akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kadet Amal dan Kadet Nisa' peringkat Sekolah-Sekolah DAR seluruh Terengganu.

No comments:

Post a Comment