Beberapa kali pihak urusetia melawat tapa-tapak cadangan dan akhirnya Sg.Loh ini menjadi tapak Base-camp sebelum peserta Kembara Tarbawi bersama Presiden memulakan perjalanan Off-Road menawan Cengal Besar keesokan hari.
Tempat ini nampaknya amat bersesuaian untuk parking 120 buah kenderaan 4WD dan penyediaan kanopy program serta khemah-khemah kecil para peserta yang dipasang sepanjang sungai loh. Kerjasama pihak MTD Bukit Besi dalam membuat persiapan diucapkan terimakasih.
memeriahkan suasana
Peserta mandi manda dengan bebas. Kesegaran air sungai loh dari Gunung air terjun tertinggi dari lokasi berdekatan.
Tuan Guru Presiden pun turut sama menyegarkan badan. Mesra dan mudah didekati anak-anak kecil dari kampung berdekatan. Tiada protokol, disenangi tua dan muda.
masih bakar ikan sungai
Setelah selesai makan petang. Siap ada yang membakar ikan yang dijala di sungai. fresh lagi !!!
Selesai solat berjamaah dan mendengar Kuliah Tuan Guru Presiden. Selepas itu dibuka untuk Majlis dialog bersama presiden. Seorang peserta dari Muar, Johor yang kebetulan turut serta dari Kelab 4X$ Amal yang bertanya Kisah & pengalaman pribadi Tuan Guru Presiden dalam tarbiyyah dan Pas. Antara yang menarik beliau menceritakan kisah beliau bersama Presiden pergi ke Kabul bersama pimpinan Jamaah Islam sedunia dalam usaha untuk mendamaikan puak mujahidin yang bertelagah. Perjalanan ke Kabul yang sedang berkecamuk berperang sesame kabilah dan puak mujahidin mengambil masa 3 hari. Bertemu dengan pimpinan Ahmad Syah Masood, Hekmatayar, Gulbudin Rabbani dan lain-lain. Ketika sembahyang terawih di istana Presiden, letupan meriam telah dilepaskan ke Istana Presiden sehingga terangkat kaki sidang jamaah yang sedang solat. Peristiwa yang mencuit hati peserta semoga menambah kecekalan dan perjuangan. Banyak lagi kisah-kisah dan taujihat yang disampaikan selama 2 jam bersama Tuan Guru Presiden.
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Azman Syapawi Abd Rani, Tim Ketua Pemupa Pas Pusat
Bersenam sebelum berangkat Cabaran bermula
Berpagi dalam cuaca berkabus, peserta tak sabar dan mula bersiap untuk acara Off-Road ke Cengal Besar. Memandangkan kenderaan peserta yang bukan semua lengkap dengan xtvt lasak dan mencabar dengan suasana hujan dimalam hari itu. Jalan yang licin, berbukit tinggi, sempit dan mencabar akhirnya hanya 70 buah sahaja kenderaan yang bersedia untuk perjalanan seterusnya.
Usia tak menghalang untuk mengharungi cabaran
Sign-board Selamat Datang tanda bermulanya cabaran ke Cengal Besar
Fuhh!! Tayar lipan pun sangkut jugak
Cabaran kini bermula
Apa yang penting "kerjaaa samaaa" Ramai penonton bagi semangat... nak tengok keta siapa yang sangkut. yang lekat kena tarik
Sidek Khan, Pakar adventure Rain Forest, sebagai penasihat teknikal kembara
Akirnya tiba di-Camp-Site ke-2. Semua baki 60 buah terpaksa parking hanya disini. Ramai para peserta terpaksa berjalan kaki bagi menruskan cabaran.
4X4 yang benar-benar Hardcore iaitu sebanyak 8 buah masuk ke cabaran seterusnya
Bukan hanya bukit yang tinggi, lubang air yang dalam tetapi menghadapi paya yang dalam
Junggle Tracking. Perbetul urat yang tersimpul. Menguju daya ketahanan.
Rehat jap. Ambik nyawa!
Akhirnya Berjaya juga. Chengal Besar yang dijumpai pada tahun 1999 ketika Pas memerintah Terengganu. Berusia 1332 tahun (hampir tahun hijrah rasul) yang kalau ditebang kena diangkut 27 treller dan boleh dijual kayunya berharga RM1juta. Inilah pohon cenggal yang terbesar didunia.
Memandangkan hari telah mula hujan. Semua peserta bergegas keluar dan Alhamdulillah. Kami semua kembali ke Base-Camp pukul 6 petang.
Senyum puas. Azhan Atan juga turut serta bersama team unit amal yang datang dari Johor.
Meskipun letih, lapar tetapi cabaran ini amat mengujakan peserta. Semua mengukir kegembiraan. Program 4wd kali ini amat berjaya.Terimakasih kepasa semua pihak yang terlibat khususnya MTD Dun paka, MTD Bukit Besi, Kelab Pacuan 4 Roda Pas Dungun (PADAT), Penasihat Teknikal yang berpengalaman diperingkat Internasional, PakSidek Khan dan kepada semua yang terlibat menjayakan XPDC ini. Syabas. Jumpa untuk sessi akan datang.
No comments:
Post a Comment