Sengaja pada posting kali ini saya ingin memaparkan
gambar-gambar bangunan lama di hadapan bangunan
tempat letak kereta bertingkat Pasar Kedai Payang yang sudah
tidak ada lagi kerana bangunan baru ingin
dibina di kawasan itu.

Pusat Perniagaan Paya Keladi masih belum dibina dan
masjid putih masih belum diubahsuai ketika ini.
Sewaktu saya belajar di Kuala Lumpur dahulu,
saya pernah melihat bagaimana DBKL mengambil inisiatif
memelihara bangunan yang mempunyai nilai sejarah seperti ini.
Bangunan tersebut terletak di Jalan Bandar, berhampiran
Stesen Bas Kelang (bersebelahan Pasar Seni). Apa yang mereka
buat ialah mereka membaikpulih dinding muka hadapan
kedai bagi mengekalkan rupa bentuknya manakala di sebelah
belakangnya baru dibina bangunan baru yang moden.
Satu lagi ialah di tingkat atas bangunan The Mall ada
dibuat shop lot berupa bangunan-bangunan lama seperti ini.

Pada saya itu adalah usaha yang sangat baik, mengekalkan
yang lama disamping tidak mengorbankan ciri-ciri moden.
Pihak berwajib sepatutnya sudah mengenalpasti bangunan
bersejarah dan mengambilkira semua faktor jika ingin
membangunkan sesuatu kawasan.

Kini tertunai sudah segala yang ingin dilakukan ketika itu.
Sederetan bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah
telah pun musnah. Nasib baik tanpa disangka-sangka saya ada
merakam gambar tersebut secara suka-suka ketika itu tanpa
apa-apa tujuan pun. Tidak pernah terfikir pun
mahu membuat blog seperti ini.

No comments:
Post a Comment