BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Wednesday, February 23, 2011

TAHUN BARU CINA DI KEMASIK

ALIAS TYDP
Kerteh, 2hb. Februari - Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 3-4hb. Februari ini, Unit Peti Undi (UPU) Pekan Kerteh telah menganjurkan majlis sumbangan buah limau kepada masyarakat Tionghua yang berada di Kampung Gelugor, Kerteh.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid telah menyampaikan sumbangan tersebut dimana rombongan PAS telah menziarahi ke setiap rumah masyarakat Tionghua.
Turut hadir, Setiausaha UPU Pekan Kerteh, Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Lujnah Hubungan Antara Kaum (HAK) UPU, Raja Mohd Yusof dan Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Gelugor, Haji Mohd Haji Ali.
Program anjuran Lujnah Hubungan Antara Kaum UPU ini merupakan yang pertamakali diadakan dalam 3 dekad dan usaha ini sejajar dengan slogan 'PAS Untuk Semua - PAS For All' yang dilancarkan semasa PRU Ke-12 lepas.
Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Tionghua amat menggalakkan dan kedatangan rombongan PAS telah disambut dengan senyuman tatkala mereka sedang berada di petang raya.
Ustaz Alias yang merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik percaya jika usaha berterusan dibuat untuk mendekat dan mengenali masyarakat Tionghua tidak ada sebab mereka tidak akan menyokong PAS dalam PRU akan datang.
(Gambar, kanan - Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman sedang menyerahkan sumbangan buah limau kepada dua orang penerima sumbangan di Kampung Gelugor, Kerteh)

Pekan Air Jernih, Kemasik, 1hb. Februari - Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun telah meluangkan masa untuk bersama masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih dalam satu majlis sumbangan buah limau dan beras sempena menyambut kedatangan perayaan Tahun Baru Cina.
Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid merangkap Pengarah PAS DUN Kemasik.
Seramai 150 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan dari PAS Kawasan Kemaman dan merupakan acara tahunan sejak kebelakangan ini.
Dalam ucapannya, Tuan Haji YDP berkongsi pengalaman bagaimana sambutan yang diberikan oleh kaum Tonghua di PRK DUN Tenang kepada PAS dan PAS telah memenangi Unit Peti Undi yang dimonopoli oleh kaum Tionghua.
'PAS telah mendapat sambutan yang hebat di DUN Tenang, cuma pengundi Melayu sahaja yang tidak bersedia untuk berubah dan Insyaallah dalam PRU Ke-13 nanti Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan dari UMNO/BN', ujarnya.
Beliau seterusnya berkata, 'PAS tidak pernah mendiskriminasi penganut agama lain dan salam PRU Ke-12 lepas kita menggunakan slogan 'PAS Untuk Semua - PAS For All' dimana ianya menunjukkan Islam adalah agama yang sesuai untuk semua makhluk di mukabumin ini', terangnya lagi.
(Gambar, kiri - Haji Ismail Harun bersama Ustaz Alias Abdul Hamid sedang menyerahkan sumbangan buah limau dan beras kepada salah seorang penerima sumbangan)
Beliau menyeru masyarakat Tionghua untuk memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang kerana masyarakat Tionghua di bandar - bandar besar seperti Ipoh, Kuantan, Georgetown, Bandar Melaka dan Seremban semuanya telah berubah dan tidak lagi menyokong UMNO/BN.
'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia'



CIKGU TAN: “JANGAN TAKUT UNDI PAS, DUIT EHSAN BUKAN DUIT BN”

DUNGUN - Masyarakat Cina DUN Sura mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kerana telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan memberikan sumbangan kepada kaum Cina.

Wakil masyarakat Cina, Cikgu Tan (gambar) berkata, Ustaz Wan Hassan sanggup mengeluarkan wang ringgitnya sendiri demi untuk meraikan dan memberi bantuan kepada kaum Tiongua.

“Saya bagi pihak penerima sumbangan mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan diatas sumbangan walaupun dengan wang ringgitnya sendiri dan juga dari rakan-rakanya untuk raikan Tahun Baru Cina kita pada tahun ini,”ujarnya Cikgu Tan.

Menurutnya, beliau dan masyarakat Tionghua tahu, bukan tahun ini saja masyarakat Tionghua diraikan malah sudah bebarapa tahun diraikan dalam sambutan Tahun Baru.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa dukacitanya kerana ramai dikalangan orang Cina yang hadir dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina yang diadakan disini pada Sabtu, 12 Februari.

“satu lagi yang saya ingin menyampaikan ialah kepada kaum Cina yang hadir pada malam ini, saya berasa gembira dan megah bahawa saya sudah beberapa tahun menghadiri majlis ini,

“dan saya dapati (tahun ini) paling ramai itu pun (kalau) tidak disebab kan ada beberapa acara perkahwinan di Kijal dan di Kuala Terengganu (pasti) lebih ramai akan hadir,”jelasnya ketika berucap.

Cikgu Tan yang juga bekas guru besar sebuah sekolah di daerah ini melihat, orang-orang Cina tempatan lebih berani berbanding sebelumnya.

"Dulu takut untuk tampil ke hadapan, tengok tadi bila di jemput datang ke depan senang je (muncul).kalau dulu memang susah,"katanya.

Beliau juga memberi nasihat kepada masyarakat Cina supaya jangan takut dengan sebarang ugutan dari mana-mana pihak sekiranya mereka menyokong PAS.

"Janganlah takut bila kita selalu diugut kalau beri sokongan kepada pihak PAS atau PR, (diugut) nanti wang ehsan tak dapat.....saya 3 tahun dah tak dapat..........tak raya dah saya kerana tak leh duit ehsan,"perli Cikgu Tan.

Menurutnya, wang Ehsan yang diberikan oleh parti Barisan Nasional (BN) bukanlah wang parti tersebut tetapi wang itu adalah dari hasil minyak negeri Terengganu yang sepatutnya dinikmati oleh setiap rakyat Terengganu.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina supaya menyokong Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Katanya, banyak propaganda yang diada-adakan oleh BN untuk menakut-nakutkan orang Cina sebagaiman yang dilakukan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini.

"kalau kita pergi (ke) Kelantan kita tengok orang-orang (Cina) Kelantan, mereka lebih gembira, nak minta tanah pun senang nak dapat,

"jadi kita jangan takut, pada zaman nabi (Muhammad SAW) dulu (ada di)sediakan tempat duduk untuk bukan Islam, untuk menjaga hal ehwal orang bukan Islam,"tegasnya.

Menurutnya lagi, ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, PAS telah melantik Encik Ng Chai Hing sebagi wakil bagi masyarakat Cina.

Justeru, kata beliau, sekiranya berlaku pilihanraya umum ke-13 nanti, jangan takut untuk mengundi PAS ataupun parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat


CIKGU TAN DAN USTAZ WAN HASSAN

DUNGUN - Pemerintahan dan kerajaan adalah sebahagian dari ajaran Islam yang digariskan di dalam al-quran dan apabila seseorang pemimpin, membaca dan mengamalkan kitab suci itu itu, maka ia akan menjadi takut kepada Allah SWT.

Menurut Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, sebab itu tidak ada rasuah yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS kerana ia sebuah parti yang mengamalkan Islam.

”Bila pemimpin takut kepada Allah, dia (pemimpin) tidak (mengambil) rasuah, cuba tengok Kelantan 20 tahun, kita (cuba) cari satu kes, Tok Guru Nik Aziz ada atau tidak (ambil) rasuah,”jelasnya

(Gambar - acara 'Yee Sang' versama pimpinan Cina tempatan yang hadir memriahkan Majlis)

Selain itu, menurutnya, pemimpin Islam juga tidak boleh mengamalkan sikap perkauman dan tidak boleh menganggu agama lain.

Katanya, peniaga-peniaga Cina di Kelantan, hidup dengan selesa dan orang-orang agama seperti Sami dan ‘Tok Cha’ serta Kuil dan To’ Kong boleh dibina.

Sehubungan itu, ketika PAS memerintah Terengganu diantara tahun 1999 sehingga 2004, kerajaan telah meluluskan tanah kepada sebuah To’ Kong dan sebuah Tadika untuk masyarakat Cina di Dungun.

”Sebab itu semasa PAS memerintah (Terengganu) tahun 1999 – 2004, saya ingat sangat satu kes permohonan tanah yang dibuat di Batu Lima, sudah ada To’ Kong yang dibina di atasnya tetapi tidak ada ‘geran’ maka diminta satu kelulusan geran kekal, dan diluluskan,

”(masyarakat Cina) minta (tanah untuk) tadika sudah puluhan tahun (dari kerajaan (Barisan Nasional) tidak dapat, tadika yang belakang dekat surau Haji Bidin itu, tanahnya diberikan pada zaman PAS,”ujarnya yang disambut dengan tepukan bergemuruh oleh para hadirin.

Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam meraikan masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di sinii Sabtu, 12 Februari lalu.

Seramai lebih 200 orang Cina hadir ke Majlis tersebut yang merupakan acara tahunan dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura.

Turut hadir dan memberikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Pengerusi DAP Kuala terengganu, Encik Ng Chai Hing, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Dungun Puan Serena Lim dan wakil masyarakat Cina Cikgu Tan @ Tan Eng Hoe

No comments:

Post a Comment