BACALAH KAMU ...........................ALHAMDULILLAH

Monday, February 21, 2011

LUBUK MANDI DI RUSILA


Bagaimanakah agaknya wajah Lubuk Mandi di Marang setelah
sekian lama tidak mendengar khabar berita? Baru-baru ini saya dan
rakan fotografi sempat menjenguk sekejap untuk melihat sendiri keadaan
di sana malangnya tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan.


 Dari pemerhatian sewaktu kami di sana didapati terdapat
sebuah kilang yang agak besar sedang beroperasi. Dan dari apa yang
tertera daripada papantanda yang ada di situ barulah saya tahu bahawa
kilang tersebut bukan lagi milik PMINT tetapi telah
dijual kepada syarikat swasta.


Menurut pengawal yang bertugas dia berkata sebenarnya masih ada
orang persaorangan yang mendulang secara tradisi tetapi tempatnya
terlalu terpencil dan susah untuk dilalui dengan kereta atau motosikal.
Jadi tidak ada apa yang mampu dirakam kecuali lori yang sibuk
mengangkut tanah yang mengandungi kandungan emas
mundar mandir di dalam kawasan berpagar.




No comments:

Post a Comment