22 MAC — Memang malang tak berbau. Menjelang tengah hari Jumaat, menjelang umat Islam yang mula-mula di dunia hendak berangkat menunaikan solat Jumaat, tsunami yang terbesar pun melanda Jepun di bahagian Sendai, beberapa ratus kilometer dari Tokyo.
Bagi Jepun tsunami tidak asing. Justeru itulah istilah bencana alam yang ngeri bagi dunia itu datang dari perkataan Jepun.
Bagi manusia di seluruh dunia yang berusia di bawah separuh abad sekarang tsunami diSendai itu adalah pengalaman getir yang kedua terbesar. Yang pertama yang melanda Aceh hujung 2004 dan sepanjang pantai Lautan Hindi. Yang berlaku Jumaat lalu mengancam semua negara pantai Pasifik.
Bagi Jepun ia bagai satu kiamat kecil. Walaupun kiamat belum berlaku, tetapi itu kiamatlah namanya bagi mereka.
Orang beriman kepada Allah, kepada Rasul dan kepada akhirat, bencana alam seperti tsunami yang menghorbankan ramai jiwa dan banyak harta benda adalah bala dari Allah atas penderhakaan manusia di kawasan terbabit dan ia adalah amaran dariNya bagi sekalian manusia tentang balasan dari Allah.
Dalam wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. menjelang pembinasaan terhadap umat Nabi Lut, tiada diturunkan bencana jika terdapat orang beriman di tengah masyarakat sekalipun hanya seorang.
Bagi membinasakanSodom dan Gemurah di tapat Luat Mati di Jordan sekarang, maka Allah keluarkan Nabi Lut dan puterinya dulu.
Adalah benar gegaran dan gempa bumi berlaku di bumi di kawasan-kawasan sedia ada gejala bencana itu, tetapi Allah tangguhkan malapetaka itu apabila penghuninya mengingati dan menyembah Allah. Tetapi apabila penguninya mendustakan Allah dan agamaNya, maka tungglah bala Allah seperti tsunami itu.
Adapun tsunami yang terbaru itu adalah isyarat sudah kian dekatnya kiamat. Satu dari lebih seratus tanda kiamat ialah acapnya gempa bumi. Tanda yang sedemikian sudah pun acap berlaku. Sejak tahun 2000 saja ada saja gempa bumi disana sini hampir setiap tahun dan berkali-kali setahun.
Tsunami di Jepun itu adalah ekoran dari gempa bumi di negara itu. Ia menambah tanda kiamat yang sudah banyak terjadi itu.
Tetapi bilakah datangnya kiamat? Adakah ia sudah dekat sangat? Berapa lama agaknya selepas tsunami itu?
Sudah lama amaran kiamat itu diketahui. Sejak Adam ia sudah dimaklumkan. Dan turunnya Rasulullah SAW adalah tanda besar dekatnya kiamat. Tetapi kiamat tidak juga berlaku. Nabi terakhir itu adalah kiamat sudah dekat. Selepas 15 kurun baginda wafat dunia belum kiamat.
15 kurun adalah satu tempoh yang lama. Tetapi dibandingkan dengan usia dunia yang sudah terlalu tua, 15 kurun adalah singkat. Dengan kejadian tsunami yang 15 kurun selepas Nabi Muhammad SAW wafat, bererti sudah 15 kurun lagi kurangnya tempoh dekat kiamat itu.
Bila? Jibril pun tidak tahu. Jibril bertanya Rasulullah tentang bila kiamat. Hanya Allah yang tahu. Allah sudah memberikan tanda-tandanya. Tunggulah.
Yang jelas umat Islam tidak dapat menyaksikannya. Tidak berlaku kiamat selagi ada umat Islam. Bila umat Islam sudah tidak ada lagi, maka berlakulah kiamat.
Selagi orang Melayu beragama Islam masih ada diMalaysia , maka belum berlaku kiamat. Menjelang kiamat Malaysia dimiliki oleh bukan Islam. Ini tidak bererti ketuanan Melayu sudah tidak ada. Ketuanan Melayu dijangka atau mungkin masih ada, tetapi yang ketuanan Melayu yang Islam habis mati.
Kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati, mereka juga bukan Islam. Orang bukan Islam jangan bimbang, satu hari nanti ia akan memilikiMalaysia . Bahkan Mekahpun jadi milik bukan Islam.
Ini tidak bererti orang Islam akan dikalahkan oleh bukan Islam. Orang bukan Islam tidak dapat mengalahkan orang Islam. Manusia yang paling gagah sekarang Amerika. Ia lemah dengan Israil atau tunduk dengan Israil. Kegagalan Islam Arab untuk mengalahkan Israil kerana ia dilindungi Amerika. Hari-hari umat Islam dibunuh oleh regim Israil.
Israil berjaya mengalahkan Palestin tetapi ia tidak dapat mengalahkan Islam. Satu dari tanda alamat kiamat itu, habis orang Yahudi – di Israil dan di luar Israil – mati berperang dengan Islam. Tidak berbaki seorangpun. Maksud hadis mengatakan begitu.
Walaupun semua Yahudi kalah dengan Islam tetapi tidak lama kemudian dunia ini diwarisi oleh bukan Islam. Bukan kerana Islam kalah. Tetapi menjelang hari kiamat akan bertiup sejenis angin, maka serentak orang Islam mati. Islam ketuanan Melayu mati, Islam Arab mati, Turki dan Pakistanpun mati.
Ketika angin itu melandaMalaysia , sekalian Islam dari ketuanan Melayu akan mati serentak. Kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati, mereka juga bukan Islam, samalah seperti bukan Islam yang ramai itu.
Orang Cina dan orangIndia jangan bimbang. Pada masa itu mereka semua boleh masuk ke Felda kalau Felda itu dimiliki oleh Melayu Islam. Tetapi kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati disebabkan tahan dengan angin yang melandanya, tidak wajarlah milik mereka diambil.
Masa itu Tabung Haji dan Baitul Mal sudah tidak bertuan. Yang tinggal ialah orang bukan Islam belaka. Maka merekalah yang mewarisi dunia ini.
Apabila tidak ada lagi orang Islam, maka tidak lama selepas itu berlakulah kiamat. Orang Islam tidak sempat menyaksikan kiamat itu bahkan tidak mengalaminya.
Berapa lama antara tsunami diSendai dengan tarikh kiamat yang sebenarnya tidak diketahui. Memandangkan umat Islam begitu ramai sekarang dan ibu bapa yang menghantar anak untuk menghafal Quran di maahad tahfiz juga ramai belum dapat diagak waktu kiamat itu.
Adakah 15 kurun lagi? Tidak siapa tahu. Kebanyakan tanda-tanda yang disebut oleh Rasulullah sudah ada. Perdana Menteri Datuk Najib bercadang untuk menambah tanda-tanda itu apabila dia hendak membina menara 100 tingkat di tapak Stadium Merdeka.
Bangunan tinggi itu satu tandanya. Najib hendak menambah lagi bangunan tinggi. Tiada salah membinanya tetapi ia memperkuat dekatnya kiamat. Tsunami itu adalah amaran yang mengejutkan sebelum melanda angin mematikan serentak ketuanan Melayu-Islam.
Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal diKuala Lumpur . Seorang pendiam, dia gemar meneliti perangai manusia dan berita politik di Malaysia .
Bagi Jepun tsunami tidak asing. Justeru itulah istilah bencana alam yang ngeri bagi dunia itu datang dari perkataan Jepun.
Bagi manusia di seluruh dunia yang berusia di bawah separuh abad sekarang tsunami di
Bagi Jepun ia bagai satu kiamat kecil. Walaupun kiamat belum berlaku, tetapi itu kiamatlah namanya bagi mereka.
Orang beriman kepada Allah, kepada Rasul dan kepada akhirat, bencana alam seperti tsunami yang menghorbankan ramai jiwa dan banyak harta benda adalah bala dari Allah atas penderhakaan manusia di kawasan terbabit dan ia adalah amaran dariNya bagi sekalian manusia tentang balasan dari Allah.
Dalam wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. menjelang pembinasaan terhadap umat Nabi Lut, tiada diturunkan bencana jika terdapat orang beriman di tengah masyarakat sekalipun hanya seorang.
Bagi membinasakan
Adalah benar gegaran dan gempa bumi berlaku di bumi di kawasan-kawasan sedia ada gejala bencana itu, tetapi Allah tangguhkan malapetaka itu apabila penghuninya mengingati dan menyembah Allah. Tetapi apabila penguninya mendustakan Allah dan agamaNya, maka tungglah bala Allah seperti tsunami itu.
Adapun tsunami yang terbaru itu adalah isyarat sudah kian dekatnya kiamat. Satu dari lebih seratus tanda kiamat ialah acapnya gempa bumi. Tanda yang sedemikian sudah pun acap berlaku. Sejak tahun 2000 saja ada saja gempa bumi di
Tsunami di Jepun itu adalah ekoran dari gempa bumi di negara itu. Ia menambah tanda kiamat yang sudah banyak terjadi itu.
Tetapi bilakah datangnya kiamat? Adakah ia sudah dekat sangat? Berapa lama agaknya selepas tsunami itu?
Sudah lama amaran kiamat itu diketahui. Sejak Adam ia sudah dimaklumkan. Dan turunnya Rasulullah SAW adalah tanda besar dekatnya kiamat. Tetapi kiamat tidak juga berlaku. Nabi terakhir itu adalah kiamat sudah dekat. Selepas 15 kurun baginda wafat dunia belum kiamat.
15 kurun adalah satu tempoh yang lama. Tetapi dibandingkan dengan usia dunia yang sudah terlalu tua, 15 kurun adalah singkat. Dengan kejadian tsunami yang 15 kurun selepas Nabi Muhammad SAW wafat, bererti sudah 15 kurun lagi kurangnya tempoh dekat kiamat itu.
Bila? Jibril pun tidak tahu. Jibril bertanya Rasulullah tentang bila kiamat. Hanya Allah yang tahu. Allah sudah memberikan tanda-tandanya. Tunggulah.
Yang jelas umat Islam tidak dapat menyaksikannya. Tidak berlaku kiamat selagi ada umat Islam. Bila umat Islam sudah tidak ada lagi, maka berlakulah kiamat.
Selagi orang Melayu beragama Islam masih ada di
Kalau ada ketuanan Melayu yang tidak mati, mereka juga bukan Islam. Orang bukan Islam jangan bimbang, satu hari nanti ia akan memiliki
Ini tidak bererti orang Islam akan dikalahkan oleh bukan Islam. Orang bukan Islam tidak dapat mengalahkan orang Islam. Manusia yang paling gagah sekarang Amerika. Ia lemah dengan Israil atau tunduk dengan Israil. Kegagalan Islam Arab untuk mengalahkan Israil kerana ia dilindungi Amerika. Hari-hari umat Islam dibunuh oleh regim Israil.
Israil berjaya mengalahkan Palestin tetapi ia tidak dapat mengalahkan Islam. Satu dari tanda alamat kiamat itu, habis orang Yahudi – di Israil dan di luar Israil – mati berperang dengan Islam. Tidak berbaki seorangpun. Maksud hadis mengatakan begitu.
Walaupun semua Yahudi kalah dengan Islam tetapi tidak lama kemudian dunia ini diwarisi oleh bukan Islam. Bukan kerana Islam kalah. Tetapi menjelang hari kiamat akan bertiup sejenis angin, maka serentak orang Islam mati. Islam ketuanan Melayu mati, Islam Arab mati, Turki dan Pakistanpun mati.
Ketika angin itu melanda
Orang Cina dan orang
Masa itu Tabung Haji dan Baitul Mal sudah tidak bertuan. Yang tinggal ialah orang bukan Islam belaka. Maka merekalah yang mewarisi dunia ini.
Apabila tidak ada lagi orang Islam, maka tidak lama selepas itu berlakulah kiamat. Orang Islam tidak sempat menyaksikan kiamat itu bahkan tidak mengalaminya.
Berapa lama antara tsunami di
Adakah 15 kurun lagi? Tidak siapa tahu. Kebanyakan tanda-tanda yang disebut oleh Rasulullah sudah ada. Perdana Menteri Datuk Najib bercadang untuk menambah tanda-tanda itu apabila dia hendak membina menara 100 tingkat di tapak Stadium Merdeka.
Bangunan tinggi itu satu tandanya. Najib hendak menambah lagi bangunan tinggi. Tiada salah membinanya tetapi ia memperkuat dekatnya kiamat. Tsunami itu adalah amaran yang mengejutkan sebelum melanda angin mematikan serentak ketuanan Melayu-Islam.
Haji Abdul Subky Latif seorang penulis bebas dan tinggal di
No comments:
Post a Comment